Memohon Gantian MyKad Secara Online

|  1 comments

Sekarang anda tidak perlu lagi datang sendiri ke pejabat pendaftaran untuk memohon gantian MyKad (kad pengenalan). Ini kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menyediakan dua perkhidmatan untuk permohonan gantian MyKad.

Perkhidmatan tukar kad pengenalan yang pertama ialah secara online menerusi laman web Sistem Gantian MyKad Atas Talian dan perkhidmatan yang kedua ialah MyPhone-In iaitu perkhidmatan melalui telefon.

Berikut adalah panduan dan perbandingan untuk kedua-dua perkhidmatan tersebut berdasarkan maklumat dari JPN:

Memohon Gantian MyKad Secara Online Atau Melalui Telefon

Butiran

Sistem Gantian MyKad Atas Talian

MyPhone-In

Capaian Laman web:
https://gantianmykad.jpn.gov.my/ 
Nombor telefon:
03-88808066
Waktu operasi
  • Isnin hingga Jumaat:
    8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabtu dan Ahad:
    Sistem ditutup
  • Cuti Umum:
    Sistem ditutup
  • Isnin hingga Jumaat:
    8.00 pagi hingga 5.00 petang
    (Waktu rehat : 1.00 hingga 2.00 petang)
  • Sabtu dan Ahad:
    Sistem ditutup
  • Cuti Umum:
    Sistem ditutup
Perkhidmatan gantian yang ditawarkan
  • Gantian Kerosakan Fizikal Kad
  • Gantian Kerosakan Cip
  • Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k)
  • Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)
  • Gantian cip atau kad rosak
  • Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k)


Had --- Pusat kutipan hanya di JPN Putrjaya, JPN ZOOM atau Ibu Pejabat Negeri sahaja
Bayaran Melalui FPX, kad debit dan kad kredit sahaja Bayar semasa kutipan MyKad
Lain-lain Tempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut:
  • Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
  • Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
  • Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak
Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad baru di kaunter

Urusan gantian MyKad selepas berumur 18 tahun tidak boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui telefon. Begitu juga dengan urusan menukar butiran kad pengenalan seperti agama, alamat, gambar dan pindaan nama. Anda perlu hadir sendiri ke kaunter JPN berdekatan untuk kedua-dua urusan ini.

Semoga info mengenai permohonan gantian MyKad secara online dan melalui telefon ini bermanfaat buat para pembaca.

Berkaitan:

1 comments

Unknown

Unknown

24 Februari, 2018 09:08
Kad pengenalan hilang
Ulasan ditutup