Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Online Dan SMS

Cara membuat semakan daftar pemilih SPR. Musim mengundi tiba lagi, inilah peluang anda menunaikan hak dan kewajiban sebagai pengundi berdaftar untuk memilih pemimpin serta parti politik yang akan mewakili aspirasi anda.

[Baharu] Semakan Daftar Pemilih 2022 Online Dan SMS

Pengundi berdaftar boleh menyemak daftar pemilih SPR untuk mengesahkan lokasi tempat mengundi serta maklumat lain daftar undi secara dalam talian, melalui khidmat SMS, aplikasi mudah alih atau telefon. Tidak perlu tunggu dekat pilihan raya baru nak semak, kerana semakan daftar pemilih atau semakan daftar mengundi boleh dilakukan sepanjang tahun, bila-bila masa.

Bagi mereka yang belum mendaftar, sila rujuk cara mendaftar sebagai pemilih / pengundi dan bagi yang belum pernah mengundi bolehlah mula belajar cara mengundi.

Semakan Daftar Pemilih Secara Online

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menyediakan satu laman web yang membolehkan anda menyemak daftar pemilih yang telah disahkan secara atas talian. Cara membuat semakan online adalah seperti berikut:

semakan daftar pemilih

⦿ Semakan Daftar Pemilih

  1. Layari laman web Semakan Daftar Pemilih SPR di alamat:

    https://pengundi.spr.gov.my

  2. Masukkan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar ke dalam kotak yang disediakan.
  3. Masukkan captcha, kemudian klik butang “SEMAK”.

Di antara maklumat yang dipaparkan dalam keputusan semakan ialah nama, tarikh lahir, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen, negeri pemilih, pusat mengundi serta saluran.

Semak Daftar Pemilih Melalui SMS

Langkah-langkah membuat semakan daftar pemilih melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit adalah seperti berikut:

semakan daftar pemilih SMS

  1. Taipkan mesej:

    SPR<jarak>[No. Kad Pengenalan]

    Contoh: SPR   871114035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Atau:

  1. Taipkan mesej:

    SPR<jarak>SEMAK<jarak>[No. Kad Pengenalan]

    Contoh: SPR  SEMAK  871114035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Anda akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

Semakan Daftar Pemilih Menggunakan Aplikasi Mudah Alih

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi mudah alih My SPR Semak yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play atau Apple App Store. Selain semakan daftar pemilih, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding dan juga keputusan pilihan raya.

Semakan Daftar Pemilih Melalui Telefon

Pemilih berdaftar juga boleh menelefon ke talian hotline 03-88927018 atau telefon ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri untuk membuat semakan.

Semoga panduan cara membuat semakan daftar pemilih di atas berguna buat para pengundi terutama sekali mereka yang akan membuang undi buat kali pertama. Selamat mengundi!