Semakan e-Penyata Gaji (e-Pay Slip) Online

Semakan penyata gaji 2022 secara online. e-Penyata Gaji atau e-Gaji adalah satu sistem yang membolehkan penjawat awam membuat semakan gaji secara online. Perkhidmatan atas talian e Penyata Gaji ini disediakan secara percuma oleh Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM) di portal anm.gov.my.

Dengan sistem e-Penyata Gaji, penyata dan slip gaji bulanan kakitangan kerajaan boleh diakses dengan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar pada bila-bila masa. Kaedah semakan online ini amat mudah dan cepat berbanding kaedah lama iaitu slip gaji cetakan kertas (hardcopy), yang perlu diagih secara manual sebulan sekali.

Biasanya slip gaji terbaharu boleh mula disemak sehari sebelum tarikh pembayaran gaji kakitangan awam.

Cara Menyemak Penyata / Slip Gaji Secara Online

  1. Sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), di pautan berikut:

    https://www.anm.gov.my/

    epenyata slip gaji bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember

  2. Klik pada ikon atau pautan "SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN (e-PAY SLIP AND REPORT SYSTEM)", dan anda akan dibawa ke halaman login untuk mendaftar masuk. semak check e penyata gaji ANM egaji
  3. Mendaftar untuk pengguna baharu

    Bagi pengguna baru, anda hendaklah mendaftar dulu melalui pautan "Pertama Kali Mendaftar".

  4. Membuat semakan slip gaji

    Setelah selesai mendaftar anda bolehlah log in dengan memasukkan no. kad pengenalan / no. pasport dan kata laluan.

  5. Lupa kata laluan

    Sekiranya anda lupa kata laluan, ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Klik pada pautan "Lupa Kata Laluan?"
    2. Masukkan no. kad pengenalan / no. pasport dan no. gaji, kemudian tekan butang "Seterusnya".
    3. Pilih soalan keselamatan dan masukkan jawapan. Jika jawapan adalah betul, skrin akan memaparkan kata laluan anda.
    4. Jika anda tidak dapat mengingati jawapan bagi soalan keselamatan, sila klik "Reset Kata Laluan" untuk mendapatkan kata laluan sementara.

Selain penyata gaji bulanan, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan juga menyediakan laporan pendapatan tahunan. Penyata gaji dan laporan pendapatan tahunan boleh diakses, dicetak atau download pada bila-bila masa, untuk tujuan pinjaman bank, pengiraan cukai pendapatan atau untuk sebarang urusan.

Walau bagaimanapun, Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan, Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun dan Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. Kakitangan awam yang mahu menyimpan laporan-laporan yang terdahulu hendaklah memuat turun maklumat tersebut sebelum ia dikeluarkan dari sistem.

Aplikasi mobile Sistem ePenyata Gaji dan Laporan boleh dimuat turun di Apple App Store (bagi platform iOS) dan Google Play Store (bagi platform Android) melalui carian "ePayslip JANM".

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi JANM melalui email di alamat maklumbalas@anm.gov.my ataupun dengan menelefon 03-88821000.

Semoga maklumat mengenai semakan penyata gaji secara online atau e penyata gaji ini memberi manfaat kepada para penjawat awam.