Jadual Dan Kawasan Catuan Air Selangor Peringkat Pertama
Susulan daripada krisis bekalan air di Selangor, SYABAS telah mengumumkan Pelan Pengagihan Air Berjadual yang akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
[Update 30 Apr 2014] Catuan bekalan air akan berakhir 30 April 2014
[Update 1 Apr 2014] Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk melanjutkan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga mulai 1 April hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan kelak. Ini seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat.
Program catuan air ini akan dilaksanakan mulai 27 Februari sehingga 31 Mac 2014, dan melibatkan 71 kawasan.
Jadual pengagihan adalah berdasarkan konsep 2 hari dapat air 2 hari tiada air:
- Bagi zon yang dijadualkan mendapat air, bekalan air paip akan bermula jam 4 petang, berterusan selama 41 jam dan akan dihentikan pada jam 9 pagi 2 hari kemudian.
- Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air paip akan dihentikan bermula jam 9 pagi, berterusan selama 55 jam dan akan dibekalkan semula pada jam 4 petang 2 hari kemudian.
Jadual pembekalan dan penghentian adalah berdasarkan waktu di kolam bekalan air. Masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna dan juga perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air.
Klik gambar untuk paparan jelas
WILAYAH HULU LANGAT
Zon 1
- Taman Juara Jaya
- Taman Bukit Belimbing
- Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
- Taman Harmoni Indah
- Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
- Taman Putra Budiman
- Taman Balakong Jaya
- Taman Seri Timah
- Taman Tanming Jaya
- Kawasan perindustrian Balakong
- Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
- Taman Industri Balakong
- Taman Tanming Permai
- Taman Industri Lifong
- Taman Tanming Ria
- Taman Sungai Besi Indah Zon 1
- Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan
Zon 2
- Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
- Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
- Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
- Kampung Baru Balakong
- Taman Kasturi Cheras
- Taman Sri Indah Cheras
- Taman Bukit Emas
- Taman Cheras Jaya
- Taman Impian Indah
- Taman Taming Indah
- Taman Sejati
- Taman Seri Sungai Long
- Taman Bukit Sungai Long
- Rumah Kenangan Cheras
- Taman Dutamas
- Taman Setia Kasturi Cheras
- AEON Cheras Selatan
- Taman Industri Balakong Jaya
- Taman Setia Balakong
- Taman Sinaran
- Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
- Dataran C180 Balakong
WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG
Zon 1
- Kampung Olak Lempit
- Kampung Bukit Changgang
- Kampung Labohan Dagang
- Selangor Dredging
- Taman Changgang Jaya
- Kompleks Perabut Olak Lempit
- RTB Bukit Changgang
- Bandar Sri Ehsan
- Bandar Mahkota
- Bandar Sungai Emas
- Taman Arked
- Taman Ambar
- Taman Sri Dagang
- Taman Langat Murni
- Taman Langat Utama
- Taman Murnimas
- Taman Seri Telok Datok
- Taman Sri Cheding
- Sekolah Tamil Sungai Sedu
Zon 2
- Kota Warisan
- Warisan Bestari
- Taman Bunga Raya
- Taman KLIA Indah
- Tiara Heights
- Taman Ixora
- Taman Dahlia
- Taman Seroja
- Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
- Taman Kenanga
- Taman Desa Vista
- Taman Desa Bestari
- Salak Permai
Layari https://www.facebook.com/puspel untuk maklumat terkini mengenai catuan air di Selangor. Baca juga tips pemuliharaan dan penjimatan air.