Cara Kira BMI (Online BMI Calculator)

Kalkulator BMI online / BMI calculator Malaysia. Semak BMI anda dengan cepat menggunakan kalkulator BMI kami. Ketahui sama ada anda kurang berat badan, normal, berat berlebihan atau gemuk.

Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan merupakan petunjuk jumlah lemak badan seseorang berdasarkan nisbah berat badan berbanding ketinggian seseorang.

[Baharu] Kini wujud satu kaedah alternatif yang lebih simple dan lebih tepat dalam menganggar jumlah lemak badan. Ia dikenali sebagai Relative Fat Mass (RFM).

Nilai BMI memberitahu samada seseorang itu kurang berat badan/kurus, berat badan ideal/normal, lebih berat badan, atau obes. Lagi besar BMI, lebih gemuk seseorang itu.

Oleh kerana BMI senang untuk dikira, ia digunakan secara meluas sebagai petunjuk untuk mengenalpasti berat badan ideal seseorang individu. kalkulator cara pengiraan BMI asia definisi dan konsep BMI KKM

Cara Mudah Mengira BMI

Dengan kalkulator BMI online (online BMI calculator) dan interaktif di bawah ini, anda tidak perlu membuat pengiraan untuk mendapatkan BMI.

Anda hanya perlu:

  1. Masukkan berat badan dan ketinggian anda ke dalam petak-petak yang disediakan.
  2. Tekan butang "Kira BMI".

Nilai BMI anda dan klasifikasinya (dengan kod warna) akan dipapar secara automatik di dalam ruangan "Keputusan BMI". Warna biru menunjukkan kurang berat badan / underweight, hijau menunjukkan berat badan normal/ideal, oren menunjukkan berat badan berlebihan / overweight dan merah menunjukkan obes.

Kalkulator BMI

Unit
Pilih sistem
Berat
Kg
Paun
Ketinggian
cm
Kaki
Inci
Kira BMI
Keputusan BMI (kg/m²)
0.0
Carta Klasifikasi BMI
JULAT BMI KATEGORI
Bawah 18.5 Underweight (Kurang berat badan)
18.5 - 24.9 Normal (Berat ideal/unggul)
25.0 - 29.9 Overweight (Lebih berat badan)
30.0 ke atas Obese (Obesiti/kegemukan)

Jika anda ingin mengira sendiri BMI, sila rujuk formula BMI di penghujung artikel ini. Kemudian padankan keputusan anda dengan carta/jadual BMI untuk menilainya.

Bagi pembaca yang overweight atau obese yang idamkan berat badan ideal, pastikan pengambilan kalori dalam diet anda terkawal dan amalkan bersenam. Formula kurus ini boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya pada tahap optima.

Semakin tinggi nilai BMI, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit jantung (heart disease), tekanan darah tinggi (hypertension), kencing manis jenis 2 (diabetes mellitus), barah (cancer) dan angin ahmar (stroke).

Formula BMI (Body Mass Index)

Untuk mengira BMI secara manual, gunakan formula berikut:

  • Sistem Metrik

    BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m)]2

  • Sistem Imperial

    BMI = Berat (lb) / [Tinggi (in)]2 x 703

Nota: Pengiraan BMI di atas sesuai digunakan untuk menilai lelaki dan wanita dewasa berumur antara 18 hingga 64 tahun. Ia tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak, bayi, wanita hamil, ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak, orang yang sangat berotot (seperti atlet, ahli bina badan), dan orang tua (yang telah kehilangan jisim otot).

Semoga definisi BMI dan kalkulator BMI (BMI calculator) Malaysia ini dapat membantu pembaca dalam memantau berat badan dalam usaha untuk mendapatkan BMI ideal.

Selain kalkulator BMI, kami juga ada menyediakan beberapa aplikasi online yang lain untuk kegunaan para pembaca.