Semakan Kemasukan Dan Penempatan PLKN 2018

|  0 comments

Semakan kemasukan dan penempatan pelatih PLKN 2.0 Siri 15/2018. Kepada adik-adik yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 2018, anda boleh membuat semakan lokasi penempatan / kem PLKN dan tarikh anda perlu melapor diri untuk latihan.

Semakan Kemasukan dan Penempatan PLKN 2018 boleh dibuat secara online, melalui SMS atau dengan panggilan telefon mulai 8.30 pagi 6 Disember 2017.


◉ Semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela

  • Semak Kemasukan Secara Online

    Untuk menyemak samada anda terpilih untuk menyertai PLKN atau tidak, sila layari halaman Semakan di portal Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), di alamat berikut:

    www.khidmatnegara.gov.my/ispkn/index.php/pelatihOnlineServices/statusKemasukanSukarela

    Laman web ini biasanya sibuk di waktu puncak, jadi dinasihatkan anda melayarinya semasa waktu trafik rendah iaitu selepas jam 12 malam.

  • Semak Status Kemasukan Melalui Telefon

    Anda juga boleh menghubungi talian hotline call center JLKN iaitu 03-40274747 pada waktu pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang untuk menyemak status anda.

senarai peserta plkn 2018 khidmat negara


◉ Semakan Penempatan PLKN

Sekiranya anda terpilih untuk menjalani latihan PLKN, sila semak lokasi penempatan / kem PLKN dan tarikh melapor diri.

Semoga maklumat semakan kemasukan dan penempatan PLKN 2018 ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan awal kelengkapan, pakaian, peralatan dsb. sebelum melapor diri ke kem PLKN.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel