Jadual Waktu Pentaksiran PAV 2019

Jadual Peperiksaan PAV 2019. Jadual waktu pentaksiran pusat Pendidikan Asas Vokasional (PAV) untuk tahun 2019 telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pentaksiran pusat ini adalah dalam bentuk ujian bertulis. Berikut kami kongsikan jadual waktu Pentaksiran Pusat PAV 2019 untuk rujukan pembaca.

Tarikh pentaksiran pusat PAV 2019 ialah pada 30 September - 2 Oktober 2019, iaitu selama tiga hari. Pentaksiran pusat ini adalah dalam bentuk ujian bertulis.


Jadual Waktu Pentaksiran PAV 2019

Berikut adalah jadual peperiksaan/ujian bertulis PAV Tingkatan 3 tahun 2019 yang memaparkan tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan jenis instrumen.

Sila klik pada gambar untuk paparan jadual yang lebih besar dan jelas.

jadual waktu pentaksiran pusat PAV 2019

Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi instrumen pentaksiran yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.

Anda boleh muat turun fail pdf jadual waktu pentaksiran bertulis Pendidikan Asas Vokasional (PAV) 2019 di sini.