Harga Dan Spesifikasi Proton Perdana 2016 Baharu

|  5 comments

Harga, spesifikasi dan gambar Proton Perdana 2016 baharu. Perdana generasi keempat 2016 datang dalam dua kapasiti enjin: 2.0 liter dan 2.4 liter. Proton Perdana 2.0 dikuasakan oleh enjin Honda R20A3 SOHC 2.0 liter, manakala Perdana 2.4 dikuasakan oleh enjin i-VTEC K24 DOHC 2.4 liter. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi otomatik 5 kelajuan.

Proton Perdana 2016 boleh didapati dalam enam pilihan warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Citrine Gold dan Midnight Black.

Berikut adalah gambar-gambar, senarai harga, serta spesifikasi kereta sedan Proton Perdana 2016.

proton perdana 2016 depan proton perdana 2016 belakang proton perdana 2016 sisi proton perdana 2016 interior


Senarai Harga Proton Perdana 2016

Berikut adalah jadual harga Proton Perdana 2.0 L dan 2.4L. Harga tersenarai adalah adalah harga On-The-Road (OTR) termasuk insuran dan GST 6%. Harga ini termasuk aksesori standard dan sah untuk pendaftaran persendirian sahaja.

Varian Proton Perdana 2.0L Premium Proton Perdana 2.4L Premium
Jenis Cat Metalik Solid Metalik Solid
Semenanjung Malaysia RM 113,888 RM 113,438 RM 138,888 RM 138,438
Sabah & Sarawak RM 115,888 RM 115,438 RM 140,888 RM 140,438
Labuan RM 107,420 RM 106,970 RM 130,580 RM 130,130
Langkawi RM 106,710 RM 106,260 RM 129,960 RM 129,510


Spesifikasi Proton Perdana 2016

Berikut adalah spesifikasi utama Proton Perdana 2.0 L dan 2.4L:

proton perdana 2016 spesifikasi

Klik untuk gambar penuh/jelas


Kelengkapan Utama Proton Perdana 2016

Berikut adalah fitur dan kelengkapan utama Proton Perdana 2016 baharu:

proton perdana 2016 kelengkapan Klik untuk gambar penuh/jelas

Sumber: http://www.protonperdana.com

5 comments

myliferia

myliferia

14 Mac, 2016 00:41
Perdana pernah menjadi kenderaan ekslusif satu masa dulu.
Unknown

Unknown

18 Jun, 2016 01:27
Patutlah saya pernah nampak ada proton model terbaru keluar . Nampak pelik front dya . And sy mc lg fikir ow sy mungkin salah nampak logo proton kali . Rupa2nya model terbaru perdana , mcm itu camry style or almera .
anjasmara

anjasmara

26 Jun, 2016 21:01
harga proton wajar di"review" sml.. bkn apa dlm pasaran nationwide proton xboley selari dr aspek harga dgn kenderaan import based on quality and product brand. kegagalan proton laris di pasaran adalah disebabkan oleh aspek harga pasaran dan peranan pengaruh politik yg juga gagal membantu proton bangun sbg jenama pilihan rakyat malaysia. contoh : civic 1.8 di jepun dijual pd harga myr(rm)47,000 slps cukai + 5 thn (cukai jln + insurans), begitu juga sonata dan optima di korea harganya dibawah myr(rm)50,000 (tmasuk insuran dan cukai slm 5 thn). Pengguna hari ini terdedah dgn ransangan teknologi dan informasi dlm membuat perbandingan dlm membuat sebarang pembelian ditambah dgn infalsi yg tinggi. Oleh itu, sebagai pemerhati dan pengamal analisa ekonomi saya cadangkan agar proton mengkaji semula harga² produk keluarannya demi memacu prestasi profit/loss organisasi dgn berkesan. tqvm.
khairulsha

khairulsha

08 Oktober, 2016 08:14
Benar komen anjasmara... but yg sgt penting ialah saingi kualiti proton dgn kereta luar. Kalau harga murah & kualiti agak minima atau tidak konsisten... persepsi dn imej juga akan jatuh.
Penurunan harga yg ketara juga akan memberi kesan kepada improvement of quality juga R&D.maklumla TIV or volume pengeluaran tidak seberapa..harapkan domestik..

Tiada cara lain melainkan konsistenkan kualiti.. Kurang aksesori pun tapi kualiti lebih baik dari lebih aksesori,teknologi tapi memeningkan kepala selepas hanya 3-4 tahun dipakai.

Relek je perodua.. kereta tak comfirt pun.. spare part ori pun taklah murah..tapi buleh buat lanyak smpi abis bayar... just my obsevation n opinion..

Apa2 pun tahniah proton.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel