Semakan Saman PDRM, JPJ dan AES Secara Online Dan SMS

Menyemak saman trafik tertunggak PDRM (Polis DiRaja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Automated Enforcement System (AES) boleh dilakukan dengan mudah sekarang.

Anda tidak perlu lagi keluar rumah dan bersesak-sesak di jalanraya hanya untuk ke kaunter jabatan terbabit untuk membuat semakan. Kini semakan kesalahan trafik sudah boleh dilakukan secara online / atas talian ataupun menerusi perkhidmatan SMS.

SEMAK SAMAN TRAFIK SECARA ONLINE

Terdapat 4 portal yang menyediakan perkhidmatan semakan saman trafik secara online dan kesemuanya percuma:

1. MyEG Services

Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di laman web MyEG. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari www.myeg.com.my.
  2. Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
  3. Login menggunakan nama dan kata laluan.
  4. Klik pada logo Jabatan Pengangkutan Jalan untuk semak saman JPJ dan AES. Klik pada logo Polis Diraja Malaysia untuk semak saman PDRM.
  5. Kemudian klik butang "SEMAK & BAYAR SAMAN" untuk membuat semakan dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.

MYEG juga ada menyediakan perkhidmatan yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baharu. Langganan servis ini adalah percuma.

2. MyBayar Saman

MyBayar Saman membolehkan orang ramai menyemak dan membayar saman PDRM melalui internet dan juga aplikasi telefon mudah alih.

Sila layari MyBayar Saman - Cara Semak Dan Bayar untuk maklumat lanjut.

3. SSO PDRM

Laman Sistem Semakan Online (SSO) disediakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk memudahkan semakan status perkhidmatan polis seperti semakan status laporan polis dan status saman trafik.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemakan saman trafik PDRM:

  1. Layari laman Sistem Semakan Online https://sso.rmp.gov.my/.
  2. Bagi pengguna baru, klik butang “Pendaftaran Baru” untuk mendaftar sebagai pengguna.
  3. Kemudian log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  4. Klik pada ikon "Status Saman" untuk membuat semakan saman ke atas nombor kad pengenalan atau nombor kenderaan anda.

4. JPJ

Laman semakan JPJ membolehkan anda menyemak saman online tanpa perlu register terlebih dahulu . Namun ia hanya boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.

  1. Layari laman Semakan Saman JPJ di www.jpj.gov.my/web/main-site/semak-saman
  2. Klik menu dropdown "Pilihan Carian" untuk memilih kaedah carian samada menggunakan NO. ID SAHAJA atau NO. ID DAN NO. KENDERAAN.
  3. Kemudian pada “Kategori ID”, sila pilih jenis pengenalan diri, contohnya “ORANG AWAM MALAYSIA (MyKAD)”.
  4. Masukkan No. ID sahaja ATAU No. ID dan No. Pendaftaran Kenderaan anda.
  5. Masukkan kod sekuriti (captcha) dan akhir sekali klik butang "Semak".
  6. Skrol ke bawah untuk melihat keputusan semakan. Ia akan dipaparkan di bawah tajuk "HASIL CARIAN".

SEMAK SAMAN TRAFIK MELALUI SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

Berikut adalah cara menyemak saman trafik melalui SMS:

1. Semak Saman PDRM Melalui SMS

semak saman trafik PDRM

  • Taipkan:

    POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]

    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.

    Contoh:

    POLIS SAMAN 841220122332 atau
    POLIS SAMAN WEP1234

  • Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut:

    POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email]

    dan hantarkan ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang anda berikan.

    Contoh:

    POLIS SAMAN 740523015555 ahmadalbab@gmail.com

2. Semak Saman JPJ Melalui SMS

semak saman JPJ

  • Taipkan

    JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]

    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.

    Contoh:

    JPJ SAMAN 841220122332 atau
    JPJ SAMAN WEP1234

Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai hitam JPJ atau PDRM.

Baca juga: