Tempat Makan Murah Dan Sedap dekat PWTC
Dua minggu lepas kami sekeluarga berkunjung ke Kuala Lumpur untuk menghadiri konvokesyen OUM (Open University Malaysia) di PWTC. Kami menginap di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur yang berada betul-betul di sebelah PWTC.
Nak cari makan (nasi) sikit punya susah kat sini. Kalau fast food memang banyak kat The Mall seberang jalan sana, tapi nasi susah nak dapat. Hari pertama terpaksalah saya berjalan kaki jauh sikit untuk ke Hentian Bas Putra untuk beli nasi bungkus. Lenguh kaki naik turun pedestrian bridge, makanan yang dapat cuma so-so. Tapi sebab lapar semua licin, tanpa pembaziran :)
Pagi hari kedua baru jumpa tempat best ni, tu pun secara kebetulan. Nama food court ini ialah Medan Selera Putra Laut, lokasinya di sebelah Hotel Seri Pacific, di tebing sungai (Sg. Gombak?).
Kalau dari Hotel Seri Pacific, keluar je dari main entrance, terus jalan kaki ke sebelah kiri menyusuri Jalan Putra. Dalam lebihkurang 40 meter anda akan jumpa satu pokok besar, kat bawah pokok tu ada signboard “Selamat Datang ke Medan Selera Putra Laut”:
saya tak bawa kamera, gambar ni saya ambil dari sini
Seingat saya ada empat lima gerai kat situ, kami menjamu selera di gerai di Yop Catering. Kami makan nasi campur + minuman untuk lima orang, lauk bubuh macam-macam almaklumlah lapar. Harga cukup murah RM29 je, rasa memang puas hati sedap.
Selain nasi campur dengan aneka lauk, ada juga gerai yang menjual nasi lemak, mee sup, lontong dan roti canai kat sini.
Kalau anda menghadiri program/pameran di PWTC (terutama pelajar-pelajar sekolah yang low budget) atau menginap di hotel berhampiran PWTC seperti Seri Pacific Hotel, Sunway Putra Hotel, Hotel Sani atau Hotel Anum, tak payah pergi jauh untuk cari makan. Anda boleh boleh jalan kaki je untuk ke Medan Selera Putra Laut.
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel