Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa
Bulan Ramadan akan kembali tidak lama lagi. Bagi sesiapa yang masih belum mengganti puasa fardhu yang ditinggalkan atau yang terbatal pada Ramadan lepas, cepat-cepatlah berbuat demikian.
Untuk jadual berbuka dan imsak Malaysia dan Singapura, sila layari Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadan 2022.
Sebagai panduan kepada para pembaca Muslim yang akan melakukan ibadat puasa, berikut adalah lafaz niat puasa Ramadan. (Perlu dijelaskan di sini bahawa melafazkan niat adalah tidak wajib kerana niat adalah persoalan hati, bukan lidah).
Nota: Transliterasi dalam Rumi adalah hanya untuk panduan/rujukan sahaja. Sila baca teks asal dalam Bahasa Arab untuk sebutan tepat.
Niat Puasa Sebulan Bulan Ramadan
Berikut adalah lafaz niat untuk sebulan:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaytu ṣawma syahri ramaḍāna kullihi lillāhi ta'ālā
Maksud: Sahaja aku berpuasa bulan Ramadan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.
Niat Puasa Esok Hari
Berikut adalah lafaz niat harian:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaytu ṣawma ghadin 'an adā'i, farḍi syahri ramaḍāna hadhihis sanati lillāhi ta'ālā
Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu di bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Doa Berbuka Puasa
اللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allahumma laka ṣumtu wa bika āmantu wa‘alā rizqika afṭartu biraḥmatika yā arhamarrāḥimīn
Maksud: Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wallahu a'lam.