Perbezaan Antara Korban dan Aqiqah

|  1 comments

Ibadah korban dan aqiqah adalah dua ibadah yang hampir sama dari segi hukum dan syarat-syaratnya. Kedua-dua ibadat ini amat digalakkan oleh Islam kerana fadhilatnya cukup besar.

Berikut disenaraikan persamaan dan perbezaan ibadah korban dan akikah untuk rujukan pembaca.

Perbezaan Aqiqah dan Korban

PERKARA

KORBAN

AQIQAH

Tujuan Menghampirkan diri kepada Allah dan mengenang kembali peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. Kesyukuran kerana kelahiran anak
Hukum Sunat Muakkad
Sunat Muakkad
Masa Hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Sila rujuk Kalendar Islam untuk padanan tarikh Masihi
Boleh dilakukan bila-bila masa
Pembahagian daging Afdhal daging mentah
Afdhal daging yang telah dimasak
Penerima daging Tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam.

Kalau kan diikut cara Rasulullah, daging korban dibahagikan kepada 3 bahagian.

  • Sepertiga untuk diri sendiri dan keluarga.
  • Sepertiga untuk fakir miskin.
  • Sepertiga lagi untuk orang ramai.
Tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam
Bilangan bahagian binatang Minima satu bahagian Anak lelaki dua bahagian
Anak perempuan satu bahagian
Jenis binatang Binatang ternakan (an'am) iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri Binatang ternakan (an'am) iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri

Cir-ciri Lain Aqiqah dan Korban

  • Ibadah korban dan akikah boleh dilaksanakan secara berwakil, tanpa perlu pihak yang melaksanakan korban/akikah ada bersama-sama di tempat ibadah tersebut dilaksanakan.
  • Ibadah korban dan akikah tidak boleh digabungkan. Jika seseorang itu berniat ibadah korban dan akikah ke atas seekor kambing / satu bahagian sekali gus, maka kedua-duanya dianggap sebagai batal.

kambing qurban aqiqah korban akikah

1 comments

Denaihati

Denaihati

14 Jun, 2013 22:38
semoga lebih ramai lagi melaksanakan ibadah yang sangat dituntut yang banyak hikmahnya pada sendiri dan saudara islam. juga banyak cara yang lebih mudah sekarang. antaranya melalui equran.
Ulasan ditutup