Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan 2013
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan untuk membenarkan sekolah-sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam, pulang awal bagi sepanjang bulan Ramadhan tahun 1434 Hijrah yang bermula 10 Julai 2013.
Berikut adalah petikan dari surat siaran tersebut:
2. Dimaklumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan mula mengerjakan ibadat puasa dalam buian Ramadan 1434 Hijrah / 2013 mulai 10 Julai 2013. Sebagaimana YBhg. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum bahawa waktu berbuka puasa (waktu Maghrib) adalah berubah-ubah dan berbeza di antara satu kawasan dengan kawasan lain di Malaysia.
3. Bagi tahun ini, waktu Maghrib berubah dari seawal jam 7.16 petang dan selewat-lewatnya jam 7.43 petang di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, waktu Maghrib berubah dari seawal jam 6.24 petang dan selewat-lewatnya jam 6.53 petang.
4. Sehubungan dengan itu Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan membenarkan sekolah-sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan jam 5.00 petang bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan sepanjang bulan Ramadan ini (10 Julai hingga 6 Ogos 2013).
Semoga maklumat ini berguna untuk para pelajar, guru dan ibubapa.
Untuk adik-adik, sila ke pautan ini untuk belajar Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa.
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel