10 Tools Percuma Terbaik Untuk Setiap Blogger

|  12 comments

Berikut adalah kompilasi 10 tools atau aplikasi percuma yang anda perlukan untuk menjadi blogger yang hebat.

Tak kesahlah platform mana yang anda pakai: WordPress, Blogger atau Typepad,  In Sha Allah tools di bawah akan membantu anda menghasilkan post yang berkualiti tinggi, menganalisa prestasi blog, menambahbaik blog dan meningkatkan produktiviti.


1. Gmail, Google Calendar and Drive

Akaun Email memang benda wajib untuk setiap blogger. Gmail adalah klien email percuma yang dapat membantu menguruskan dunia blogging blogger hebat seperti anda.  

Google Calendar membolehkan anda untuk menguruskan jadual harian anda, dan mengingatkan anda tarikh-tarikh deadline dan mesyuarat yang penting. Manakala Google Drive adalah tempat yang selamat untuk anda menyimpan karya-karya yang belum atau telah diterbitkan.


2. Google Analytics

Google Analytics membolehkan anda memantau dan memahami trafik blog anda. Mana-mana blogger yang hebat tahu bahawa kunci kepada kejayaan adalah dengan mengetahui perihal pembaca/pelawat blog mereka. Google Analytics membolehkan anda mengetahui dari mana trafik anda datang, berapa lama tempoh masa lawatan pembaca di blog anda, dan entri mana yang paling mereka suka.


3. Google Webmaster Tools

Web designGoogle Webmaster Tools pula membolehkan anda memantau "kesihatan" blog anda. Google Webmaster Tools menyediakan laporan mengenai status indeks blog, status backlink dan internal links, serangan malware, crawl errors dan banyak lagi. Ia juga meyediakan alat untuk menghantar sitemap ke Google dan alat untuk membuang deadlinks di Google Search.


4. Feedburner

Ramai pembaca blog membaca berdasarkan suapan (feed) yang mereka langgan. Dengan kata lain mereka hanya berkunjung ke blog anda bila "dijemput" oleh email suapan. Feedburner adalah satu tool untuk menguruskan suapan blog anda.  Rugilah kalau anda kehilangan ramai pembaca disebabkan anda tidak menguruskan suapan blog anda dengan baik.


5. Plagium

Plagium adalah tool untuk menyemak samada artikel anda telah dicopy-paste/ciplak. Sekiranya wujud salinan artikel anda di internet, pastikan anda bertindak untuk membuangnya. Jika tidak ia berdepan risiko duplicate content.

Dan sekiranya anda menerima artikel jemputan (guest post), Plagium juga boleh digunakan untuk memastikan ia tidak dicopy-paste dari tempat lain. Pastikan anda membuat semakan  sebelum artikel tersebut diterbikan di blog anda. Demi reputasi blog anda, jangan sesekali terbitkan artikel ciplak di blog anda.


6. Dropbox, Box, Copy

Backup adalah sangat penting untuk blogger. Anda boleh simpan backup hasil karya anda dalam hardisk atau thumbdrive. Salah satu opsyen yang semakin popular sekarang ialah menyimpan di cloud storage, boleh akses tak kira di mana anda berada. Lagipun ketiga-tiga cloud storage di atas adalah percuma dan selamat.


7. Awesome Screenshot

Dengan Awesome Screenshot anda boleh mengambil gambar imej pada skrin anda, tambah anak panah dan bulatan untuk memastikan mesej yang anda cuba sampaikan jelas. Tool percuma ini amat berguna untuk tech blogger, atau reviewer yang merancang untuk menulis step by step tutorial.


8. Web Resizer

Gambar yang berkualiti dan besar membuat blog anda berat dan mengambil masa yang lama untuk loading. Untuk meringankankan blog anda, saiz fail setiap gambar hendaklah dikecilkan dahulu sebelum ianya dipostkan di blog. Web Resizer adalah tool yang bukan sahaja mampu mengecilkan saiz fail (tanpa mengubah saiz atau menjejaskan kualiti gambar), malah ia juga boleh melakukan rotate, crop, resize, sharpen dan lain-lain optimisasi secara percuma.


9. Windows Live Writer

Windows Live Writer atau WLW adalah post editor percuma yang lebih hebat dari post editor yang anda sedang gunakan sekarang. Ia membolehkan anda menulis secara offline, menambah gambar dan jadual dengan mudah.

WLW adalah editor bercirikan WYSIWYG (what you see is what you get). Ia menerapkan tema blog anda kepada editor dan previewer. Jadi apa yang anda lihat di skrin editor: font, spacing, warna, dan imej memang serupa dengan yang anda akan lihat apabila anda menerbitkan post tersebut.


10. SEOquake

SEOquake membolehkan anda untuk menganalisis laman web pesaing dengan cepat dan cekap. Tool ini membolehkan anda melihat bagaimana blogger lain membawa blognya ke tahap sekarang. SEOquake membantu anda belajar rahsia kejayaan pesaing-pesaing anda dan seterusnya membangunkan strategi baru yang lebih baik dari pesaing anda.

Itu dia 10 tools percuma untuk blog yang boleh membantu anda menjadi seorang pro blogger. Sudah tentu terdapat banyak lagi alat-alat lain di luar sana yang tidak tersenarai di sini. Sila kongsi tool-tool percuma yang anda sendiri gunakan di ruang komen.

12 comments

hafiz

hafiz

29 Ogos, 2013 15:47
no 1, 2, 3 dan 10 aku ada buat.....
Anarm

Anarm

30 Ogos, 2013 03:23
Perkongsian yg memberi manfaat buat blogger.. Terima kasih..
Ismail N

Ismail N

30 Ogos, 2013 08:56
Wah, banyaknya tool.. Tapi kawe rasa tak perlu pakai semua. Payah nak maintain ooo. Nak menulis lagi pun satu kerja. Lagipun kalau login kat CPanel pun ada tools mcm awstats yg boleh membantu.Tapi Google Webmaster tu mmg wajib guna lah...
ain

ain

02 September, 2013 23:00
Kagumnye dgn ilmu yg dikongsikan
TR

TR

03 September, 2013 16:38
@Balasan Pilih yang mana perlu jer
TR

TR

03 September, 2013 16:40
@Balasan Harap-harap begitulah. Sharing is caring :)
MrJocko

MrJocko

04 September, 2013 11:28
Tq bro for the INFO,,,
kakiblog

kakiblog

07 September, 2013 17:55
satu perkongsian ilmu yang cukup hebat..terima kasih..
sabree hussin

sabree hussin

07 September, 2013 23:33
First time dengar pasal plagium tu, almaklumlah, blogger baru blajor
TR

TR

08 September, 2013 21:11
@Balasan Hampir sama fungsinya dengan Copyscape.
KamilSalleh

KamilSalleh

28 November, 2013 00:57
Artikel yang penuh dengan tip yang terbaik, bagus untuk dipraktikan atau di pasang di blog kita.
Admin

Admin

27 Disember, 2013 15:17
fuhh macam gini baru artikel yang optimize on page. thanks sharing tool ni GreenLava.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel