Toyota Vios 2013: Harga Dan Spesifikasi
Toyota Vios 2013 dipacu oleh enjin DOHC VVT-i (Variable Valve Timing with Intelligence) 1.5 liter 16 valve. Ia mempunyai 5 pilihan warna iaitu Quartz Brown Metallic, Attitude Black, White, Silver Metallic dan Medium Silver Metallic.
Vios 2013 dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Anti-lock Braking System (ABS) dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA), Dual Front SRS Airbags dan juga Sistem ISOFIX (International Standards Organisation Fix) untuk keselamatan Tempat Duduk Kanak-Kanak.
Spesifikasinya hampir sama dengan Nissan Almera 2013 tetapi dengan harga yang lebih tinggi.
Berikut adalah senarai harga, spesifikasi penuh serta gambar-gambar Toyota Vios 2013.
Senarai harga Toyota Vios 2013
Harga di bawah adalah harga on-the-road termasuk insurans tahun pertama. Harga ini sah untuk pendaftaran persendirian sahaja.
1.5J (MT) (RM) | 1.5J (AT) (RM) | 1.5E (AT) (RM) | 1.5G (AT) (RM) | 1.5 TRD Sportivo (AT) (RM) | |
Semenanjung Malaysia | 73,200.00 | 77,300.00 | 82,900.00 | 88,500.00 | 93,200.00 |
Sarawak | 74,761.30 | 78,838.50 | 84,410.00 | 89,975.80 | 94,653.00 |
Sabah | 74,711.30 | 78,788.50 | 84,360.00 | 89,925.80 | 94,603.00 |
Langkawi | 53,737.08 | 57,142.37 | 61,866.21 | 65,994.78 | 70,574.36 |
Labuan | 54,371.38 | 57,759.57 | 62,454.91 | 66,560.68 | 71,117.46 |
Spesifikasi Toyota Vios 2013
Berikut adalah spesifikasi penuh Toyota Vios 2013 (klik gambar untuk paparan lebih besar):
-
Spesifikasi penuh untuk model 1.5 TRD Sportivo (AT), 1.5G (AT) dan 1.5E (AT)
-
Spesifikasi penuh untuk model 1.5J (AT) dan 1.5J (MT)
Sumber: Website Toyota Vios
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel