Jalan-jalan Taiping Part 2: Masjid Ubudiah Kuala Kangsar Dan Homestay

|  1 comments

Sembahyang Jumaat baru selesai ketika kami tiba di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kami letak kereta di tempat letak kereta masjid, kawasan parkirnya kemas, bersih dan di teduhi pokok-pokok. Dilihat secara live, masjid bersenibina moorish ini memang cantik, secantik gambar dalam majalah dan buku-buku sekolah! Masjid ini dalam gambar nampak besar tapi sebenarnya kecil saja.

masjid ubudiah parkir

Masjid Ubudiah dari tempat parkir

Serambi masjid berlantaikan marmar putih dan hitam, manakala tiang-tiang pula dihias marmar merah. Ruang solat utamanya kecil, berada di bawah dan sama saiz dengan kubah induk, dan berbentuk segi lapan (octagon). Ianya sejuk dan berbau harum! Ruang solat muslimah terletak di sebelah belakang dan dipisahkan dengan panel kayu berukir.

serambi masjid

Serambi / ruang solat tambahan

Satu perkara unik ialah saya perasan ialah karpetnya -keseluruhan ruang solat utama hanya berlapikkan satu bidang karpet! Coraknya indah dan berbentuk bulat, berbeza dengan kebanyakan masjid yang coraknya berbaris mengikut saf. Hmm... kalau camtu tak susah ke nak bariskan saf? Tak, sebab kalau diperhatikan betul-betul ada lekukan pada karpet yang membuat garisan-garisan saf.

Secara keseluruhannya masjid ini lebih indah dari kami jangkakan -indah rupa dari khabar. Rekabentuk dan kemasan cantik, perkarangan, interior dan tandas masjid bersih, well-maintained. Semasa kita di sana pekerja kontrak sedang mengaplikasikan semacam coating pada lantai perkarangan masjid (bukan lantai masjid). No wonder masjid ni kekal berseri.

jubah pelawat

Jubah untuk pelawat?

masjid ubudiah

Selepas solat jamak zohor & asar dan berposing ala pelancong di hadapan masjid, kami drive pusing-pusing tengok Muzium DiRaja dan Istana Iskandariah. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Taiping. Plan asal nak juga tengok pokok getah tertua di Malaysia, tapi entah macamana terlupa.


Homestay di Taiping

Kami sampai di homestay tepat pukul 4 petang. Walaupun ini kali pertama, perjalanan kami lancar dengan bantuan Google Maps dan papan tanda jalan yang lengkap.

Penginapan telah ditempah lebih sebulan lepas melalui iBilik.my. Kami membuat tempahan  untuk 2 malam di Taiping Budget Homestay di Taman Sungai Mas. Homestay ini merupakan rumah teres setingkat 3 bilik tidur 2 bilik air dengan harga RM100 untuk satu malam. Ia tidak dilengkapi aircond dan cooker hob, tapi bersih dan murah. Kami tiada perancangan nak memasak dan cuaca sini sejuk, so kira okay la. Anak-anak cakap tidur sini sedap (sejuk) walaupun hanya berkipas.

bersambung...

1 comments

Tanpa Nama

Tanpa Nama

15 November, 2013 10:22
Teringin juga nak lawati dan solat kat Masjid Ubudiah...bila la agaknya

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel