Nur Zetty Mee Udang Changkat Jering
Ini sambungan cerita jalan-jalan Taiping tempoh hari. Hari kedua kami jalan-jalan Taman Tasik Taiping, Muzium Perak, makan cendol, mee udang Mak Jah dan melawat Muzium Matang. Hari ketiga kami pulang ke Kota Bharu dan dalam perjalanan kami singgah di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.
Tapi sebelum tu kami singgah makan dulu -mee udang Changkat Jering di Restoran Nur Zetty. Kalau memandu dari Taiping ke lebuhraya, restoren ini terletak di sebelah kiri jalan hanya beberapa meter sebelum membelok ke tol Changkat Jering. Ia tidak berada betul-betul di tepi jalan, tapi kena masuk jalan kampung dalam 50m. Dekat restoran ada banyak pokok manggis.
Signboard Restoren Nur Zetty yang berada di sebelah kiri jalan
Mee udang di sini kuahnya lebih pekat dan panas daripada mee udang Mak Teh, tapi warna pucat. Rasanya lebih baik dari mee udang Mak Teh.
Mee udang biasa (RM7)
Selain mee udang, kami pesan nasi goreng udang, nasi paprik udang, ABC. Nasi goreng pun sedap, ikan bilis rangup, timun, tomato dan kobis segar, sambal udang ada kick. Semua makan habis licin, maklumlah duduk dalam kereta ni kerjanya memenatkan :) Anak lelaki saya yang sorang tu order 3 jenis air! Laici kang, ais kacang dan jus epal, semuanya dia sapu bersih.
Cuma satu je yang kami tak puashati -lalat. Restoran ni terbuka jadi bila bau udang merekapun datang ziarah secara berjemaah. Lagipun hanya kami sekeluarga yang makan pada masa tu (restoran baru buka), jadi kamilah yang jadi tumpuan. Kipas besar dipasang tapi lalat tak berganjak pun.
Overall pengalaman makan kat sini - suasana damai, udara bersih, masakan fresh, dan rasa sedap. Recommended.
Restoran Nur Zetty Mee Udang
No 19, Batu 7, Jalan Trong,
34850 Changkat Jering, Perak.
Buka dari 11 pagi -12 malam, tutup hari Isnin.
GPS coordinates: N 4 46.961 E 100 43.315
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel