Tarikh Pendaftaran dan Peperiksaan STPM 2014
Berikut adalah kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) untuk tahun 2014 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Jadual ini mengandungi tarikh pendaftaran (buka & tutup) dan tarikh peperiksaan untuk Penggal 1 (2013), Penggal 2 (2014) , Penggal 3 (2014) dan Ulangan Penggal 1 (2014), Ulangan Penggal 2 (2014), Ulangan Penggal 3 (2015).
Semua tarikh pendaftaran dan peperiksaan STPM di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
Nota:
- Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.
- Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2013 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.
- Calon yang ingin memperbaiki keputusan pepeperiksaan STPM 2013 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan bertulis alternatif yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka markah PBS yang diperoleh dalam peperiksaa STPM tahun sebelumnya akan digunakan untuk skor PBS tahun mengulang untuk sekali sahaja. Kemudahan ini tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan yang pertama (maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 2 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2014 tentang Pendaftaran Lewat).
- Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah PBS tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan PBS. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan PBS, calon dikehendaki melaksanakan PBS (maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 2 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2014 tentang Pendaftaran Lewat).
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel