Tarikh Pendaftaran dan Peperiksaan STPM 2014

|  10 comments

Berikut adalah kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) untuk tahun 2014 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Jadual ini mengandungi tarikh pendaftaran (buka & tutup) dan tarikh peperiksaan untuk Penggal 1 (2013), Penggal 2 (2014) , Penggal 3 (2014)  dan Ulangan Penggal 1 (2014), Ulangan Penggal 2 (2014), Ulangan Penggal 3 (2015).

Semua tarikh pendaftaran dan peperiksaan STPM di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

tarikh peperiksaan STPM 2014 Klik untuk gambar penuh

Nota:

  1. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.
  2. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2013 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.
  3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan pepeperiksaan STPM 2013 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan bertulis alternatif yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka markah PBS yang diperoleh dalam peperiksaa STPM tahun sebelumnya akan digunakan untuk skor PBS tahun mengulang untuk sekali sahaja. Kemudahan  ini tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan yang pertama (maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 2 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2014 tentang Pendaftaran Lewat).
  4. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah PBS tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan PBS. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan PBS, calon dikehendaki melaksanakan PBS (maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 2 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2014 tentang Pendaftaran Lewat).


10 comments

Lizz

Lizz

03 Januari, 2014 14:06
dulu tak amik STPM tapi pergi matrikulasi.
Unknown

Unknown

03 Januari, 2014 14:51
maklumat berguna untuk bakal2 STPMers
Pha Is

Pha Is

03 Januari, 2014 23:41
x pernah merasa STPM.. masuk matrik dulu..
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

04 Januari, 2014 00:13
@Balasan Saya STPM tax pernah, matrikulasi pun tak pernah
Unknown

Unknown

17 Februari, 2014 10:46
Tarikh mengulang untuk Penggal 1 dan 2..tidak memberi peluang kepada calon untuk mengulangkaji. Peperiksaan yang berlangsung terus menerus bermula dari Peperiksaan Penggal 3, minggu depannya Ulangan P1 dan minggu seterusnya Ulangan P2...mereka tidak berkesempatan mengulangkaji untuk ulangan sebab lebih tumpu pada exam penggal 3...so keputusan mereka bukan bertambah baik tapi semakin buruk. kesian calon2...
Rahsia untuk menjadi jutawan

Rahsia untuk menjadi jutawan

26 Februari, 2014 14:38
bila tarikh buka untuk mendaftar ulangan stpm penggal satu
?
Tanpa Nama

Tanpa Nama

13 November, 2014 11:41
gila pecah kepala nak jawab exam stpm oi.....

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel