Daftar Dan Permohonan Rumah PR1MA 1Malaysia Online

|  0 comments

Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA ialah satu skim yang bertujuan menggalakkan golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki hartanah kediaman. Kediaman PR1MA terletak di dalam kawasan berkomuniti, mempunyai pelbagai jenis dan saiz, dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000. Berikut adalah maklumat penting mengenai PR1MA yang perlu anda tahu.

(PRIMA disasarkan untuk Rakyat Malaysia dari golongan pertengahan (berpendapatan sederhana), untuk yang berpendapatan rendah kerajaan ada memperuntukkan Skim MyHome).


Kriteria Kelayakan Untuk Permohonan PR1MA

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas semasa permohonan dibuat.
  • Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM10,000.
  • Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri.
  • Pendaftaran PR1MA boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Pastikan status kewangan anda bagus dan laporan kredit bersih. Ada baiknya anda buat semakan CCRIS dan CTOS sebelum memohon.


Syarat-syarat Pemilikan Kediaman PR1MA

  • Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
  • Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
  • Rumah PR1MA wajib didiami sendiri pemilik.
  • Rumah PRIMA tidak boleh dijual atau dipindah milik untuk 10 tahun pertama.

permohonan kediaman PR1MA


Proses Memohon Kediaman PR1MA


1. Mendaftar akaun PR1MA secara online

  1. Buka akaun PR1MA di pautan berikut:

    https://register.pr1ma.my/Account/Register

  2. Cipta ID Pengguna dan Kata Laluan dan lengkapkan pendaftaran.
  3. Log masuk ke dalam akaun PR1MA menggunakan ID dan kata laluan anda.
  4. Isi borang secara online untuk mendaftar, pilih lokasi dan lampirkan semua dokumen yang diperlukan (salinan kad pengenalan dan slip gaji atau penyata bank terkini).
  5. Terima nombor rujukan PR1MA anda (contoh: P1212-0000125). Guna nombor ini bila berurusan dengan PR1MA.
  6. Pihak PR1MA akan memaklumkan mengenai lokasi pilihan yang bakal dilancarkan melalui emel dan SMS.


2. Memohon kediaman pilihan anda

Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran dan harga kediaman PR1MA. Laman web ini menyenaraikan projek-projek kediaman PR1MA mengikut wilayah dan menyatakan status setiap projek samada sudah diundi, dibuka untuk permohonan atau akan datang.

http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php

Sebaik sahaja projek pembangunan PR1MA di lokasi pilihan anda dilancarkan, anda MESTI mengikut langkah-langkah di bawah untuk melayakkan diri bagi cabutan undi:

  1. Log masuk ke akaun PR1MA anda.
  2. Kemas kini maklumat peribadi sekiranya terdapat sebarang perubahan.
  3. Pilih dan mohon kediaman pilihan melalui senarai "Projek dibuka untuk permohonan".
  4. Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di nombor telefon 03-7962 4374 hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang), atau emel info@pr1ma.my.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel