Senarai Juara Piala Dunia FIFA

|  10 comments

Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) merupakan pertandingan paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia Kedua).

Juara bertahan ialah pasukan bola sepak kebangsaan Argentina yang memenanginya di Qatar pada tahun 2022.

Agaknya negara-negara manakah yang pernah menjadi juara dalam kejohanan-kejohanan yang terdahulu? Berikut adalah senarai lengkap pemenang Piala Dunia FIFA bermula dari tahun 1930 sehingga kini.

Senarai Juara Piala Dunia FIFA

Tahun Juara Skor (Jaringan) Negara Hos
2022 Argentina Argentina 3-3 Perancis
(Penalti 4-2)
Qatar
2018 Perancis Perancis 4-2 Croatia Rusia
2014 Jerman Jerman 1-0 Argentina Brazil
2010 Sepanyol Sepanyol 1-0 Belanda Afrika Selatan
2006 Itali Itali 1-1 Perancis
(Penalti 5-3)
Jerman
2002 Brazil Brazil 2-0 Jerman Jepun / Korea Selatan
1998 Perancis Perancis 3-0 Brazil Perancis
1994 Brazil Brazil 3-2 Itali Amerika Syarikat
1990 Jerman Jerman 1-0 Argentina Itali
1986 Argentina Argentina 3-2 Jerman Mexico
1982 Itali Itali 3-1 Jerman Sepanyol
1978 Argentina Argentina 3-1 Belanda Argentina
1974 Jerman Jerman 2-1 Belanda Jerman
1970 Brazil Brazil 4-1 Itali Mexico
1966 England England 4-2 Jerman England
1962 Brazil Brazil 3-1 Czechoslovakia Chile
1958 Brazil Brazil 5-2 Sweden Sweden
1954 Jerman Jerman 3-2 Hungary Switzerland
1950 Uruguay Uruguay 2-1 Brazil Brazil
1946 Tiada kejohanan Piala Dunia disebabkan Perang Dunia Kedua
1942 Tiada kejohanan Piala Dunia disebabkan Perang Dunia Kedua
1938 Itali Itali 4-2 Hungary Perancis
1934 Itali Itali 2-1 Czechoslovakia Itali
1930 Uruguay Uruguay 4-2 Argentina Uruguay

senarai juara piala dunia FIFA world cup

Berdasarkan jadual di atas, negara manakah yang paling kerap menjadi juara Piala Dunia? Jawapannya ialah Brazil. Negara ini muncul sebagai pemenang sebanyak 5 kali.

Berikut adalah senarai juara Piala Dunia FIFA mengikut kekerapan:

  1. Brazil: 5 kali [1958, 1962, 1970, 1994, 2002]
  2. Itali: 4 kali [1934, 1938, 1982, 2006]
  3. Jerman: 4 kali [1954, 1974, 1990, 2014]
  4. Argentina: 3 kali [1978, 1986, 2022]
  5. Uruguay: 2 kali [1930, 1950]
  6. Perancis: 2 kali [1998, 2018]
  7. Sepanyol: 1 kali [2010]
  8. England: 1 kali [1966]

Negara manakah yang akan menjuarai Piala Dunia FIFA di Amerika Utara (Canada, Mexico, Amerika Syarikat) pada tahun 2026 nanti? Dan siapa pula akan dinobatkan sebagai pemenang kasut emas / golden boot?

10 comments

Mizz Aiza

Mizz Aiza

15 Februari, 2014 16:41
info baru untuk aiza.. baru aiza tahu brazil kerapkali menjadi juara piala dunia FIFA..
Dulu Lain Sekarang Lain

Dulu Lain Sekarang Lain

15 Februari, 2014 17:35
Nampak gaya mcm Brazil akan menang lagi. Main tempat sendiri dengan skuad yang agak balance di semua posisi.
mselim3

mselim3

15 Februari, 2014 21:43
Assalammualaikum...malaysiatercinta,

ini mselim3 dah predict .. brazil menang. Tapi bola bulat macam2 boleh jadi . Masa piala dunia yg lepas , mselim3 frust betul boleh kalah dengan belanda.. kakaka.
mselim3 harap2 tahun brazil jd tuan rumah nie boleh menang..selesa.

mselim3
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

16 Februari, 2014 16:29
@Balasan Brazil....hmm mungkin Jerman:)
Tanpa Nama

Tanpa Nama

17 April, 2014 18:10
Mana tau ghana menang piala dunia...khkehkeh
Unknown

Unknown

12 Jun, 2014 10:40
sayangnya malaysia tak dapat masuk piala dunia walaupun sekali
Unknown

Unknown

12 Jun, 2014 10:41
sayangnya malaysia tak pernah masuk piala dunia walaupun sekali
Tanpa Nama

Tanpa Nama

15 Jun, 2014 05:31
Belanda musim.ni..
Tanpa Nama

Tanpa Nama

11 Julai, 2014 09:10
@Balasan Rasenye ramalan Malaysia Tercinta ada betolnyr.. Final Jerman vs Argentina, mgkin kjuaraan ke 4 Jerman?.. :D
Ulasan ditutup