Sebab Kenapa Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan
Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan buku komik 'Ultraman The Ultra Power' edisi Bahasa Melayu berkuat kuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Menurut KDN Perintah Larangan Penerbitan itu diwartakan kerana buku tersebut didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
Walaupun KDN tidak menyatakan dengan jelas punca sebenar mengenai "unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam" yang menyebabkan komik ini kena ban namun kemungkinan besar ia disebabkan terdapatnya penggunaan perkataan “Allah” dalam buku tersebut.
Sila tengok gambar salah satu halaman komik itu yang diupload oleh seorang pengguna Twitter. Petikan sebahagian teks dalam gambar berbunyi "Beliau dianggap sebagai, dan dihormati sebagai 'Allah' atau Elder semua wira Ultra". Inilah puncanya kot.