Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 2020

|  16 comments

Pelepasan cukai pendapatan individu 2020 (untuk tahun taksiran 2019). Berikut adalah senarai perbelanjaan bagi individu pemastautin yang diberi pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nilai pelepasan ini akan ditolak dari jumlah pendapatan yang anda failkan lalu mengurangkan pendapatan bercukai anda. Semakin kecil pendapatan bercukai, semakin kecillah cukai pendapatan anda.

[Baharu] Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 2021

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin untuk Tahun Taksiran 2019

pelepasan cukai pendapatan LHDN taksiran 2019

Bil. Jenis Potongan Individu Amaun (RM)
1 Individu dan saudara tanggungan 9,000
2 Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) 5,000 (Terhad)
ATAU ATAU
Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
3,000 (Terhad)
3 Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) 6,000 (Terhad)
4 Individu kurang upaya 6,000
5 Yuran pengajian (Sendiri) :
(i) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000 (Terhad)
6 Perbelanjaan perubatan penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) 6,000 (Terhad)
7 Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) - (Terhad 500)
8 Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
(iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
2,500
(Terhad)
9 Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali dalam setiap DUA (2) tahun taksiran 1,000 (Terhad)
10 Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar 1,000 (Terhad)
11 Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019) 8,000 (Terhad)
12 Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri 4,000 (Terhad)
13 Suami/Isteri kurang upaya 3,500
14 Anak di bawah umur 18 tahun 2,000
15 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) 2,000
16 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
(ii) berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
8,000
17 Anak Kurang upaya 6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. 8,000
18 Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
i. Kategori penjawat awam berpencen
    ● Premium insurans nyawa
ii. Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
    ● Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
    ● Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)
7,000 (Terhad)
19 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. 3,000 (Terhad)
20 Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji 3,000 (Terhad)
21 Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 250 (Terhad)

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia

Semoga perkongsian maklumat tentang senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu bagi tahun taksiran 2019 bermanfaat puat para pembayar cukai di luar sana.

pelepasan cukai pendapatan individu

16 comments

Wafa cw

Wafa cw

04 Mac, 2014 00:56
bukan LHDN dah potong siap ke dari akaun gaji? kena hantar borang jugak?
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

04 Mac, 2014 10:21
@Balasan Yang tu potongan cukai berjadual (PCB) -potongan gaji bulanan, pay-as-you-earn gitu. Amaun dia hanyalah anggaran, berdasarkan gaji bulanan.
Yang ini tax relief, kena claim dalam borang e-filing. Biasanya kalau amaun pelepasan kita besar, jumlah yang kita dah bayar melalui PCB melebihi amaun cukai yang sepatutnya kita bayar.
Myra Jay

Myra Jay

04 Mac, 2014 10:22
Info penting untuk mereka yang kena cukai ni.. TQ sharing :)
edisi

edisi

04 Mac, 2014 15:43
tahun ni tahun pertama aku nak declare cukai atas nama perniagaan sendiri..apa nak buat aku pun tak prepare lg..anyway terima kasih banyak info ni.
hafizmd

hafizmd

05 Mac, 2014 11:16
Masa mula-mula kena isi dulu, pening juga nak tengok pelepasan ni semua...tp sekarang dah senang..nak2 ada info macam ni..thanks bro!
Tanpa Nama

Tanpa Nama

20 April, 2014 09:14
Jika pelepasan khas RM2000 diambil kira, adakah jumlah potongan pelapasan individu (Ruangan 1) menjadi RM11000 bagi pendapatan bulanan yang kurang dari RM8000?
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

24 April, 2014 00:35
@Balasan Ya betul, tapi untuk tahun taksiran 2013 sahaja tau :)
Tanpa Nama

Tanpa Nama

25 April, 2014 09:21
Terima kasih pasal info. Cuma nak tahu pasal bila dia pulangkan balik wang terlebih bayar, jumlah nya tidak dinyatakan
Tanpa Nama

Tanpa Nama

27 April, 2014 22:44
2013 dah takda pelepasan jalur lebar ke?
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

29 April, 2014 00:15
@Balasan Cepat submit, cepatlah LHDN bayar balik lebihan tu.
Isteri saya aritu dapat balik tak sampai dua minggu selepas failkan cukai.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

12 Mei, 2014 11:50
macam mana nak kira jumlah bayaran balik tu? jumlahnya besar dari jumlah PCB ke macam mana?? terima kasih.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

14 Mei, 2014 18:52
Nak tanya.. sy kurang faham ni.. kalau gaji pokok 4k. kena cukai tak? tngok kat lhdn punya web, 5k pun tak kne cukai. confuse le
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

17 Mei, 2014 16:02
@Balasan Jumlah bayaran balik ialah jumlah PCB tolak jumlah cukai yang dikenakan.
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

17 Mei, 2014 16:16
@Balasan Yang penting kena isi borang e-filing dulu. Berapa amaun cukai kena bayar akan dikira secara automatik.
Ulasan ditutup