Cara Pasang Widget Waktu Solat Pada Blog
Widget waktu solat seluruh Malaysia ini membolehkan pembaca blog menyemak waktu solat fardhu untuk kawasan pilihan mereka. Kelebihan widget kami ialah pembaca boleh memilih kawasan atau zon solat tanpa perlu meninggalkan blog anda. Pilihan kawasan boleh dibuat menggunakan menu dropdown yang ada pada widget itu sendiri.
Waktu solat yang dipaparkan adalah bersumberkan jadual e-solat JAKIM jadi anda tak perlu ragu akan ketepatannya.
Anda boleh tengok dan test live demo pada page Waktu Solat ini.
Saya dah kodkan widget ini sebaik mungkin supaya anda tidak perlu bersusah payah. Tak perlu tulis kod javascript dan tak perlu copy-paste bagai. Anda cuma perlu klik. Untuk mendapat hasil yang terbaik, widget ini hendaklah dipasang pada sidebar atau footer yang lebarnya 250px atau lebih.
Berikut adalah langkah-langkah untuk memasang widget waktu solat pada blog Blogger (blogspot) anda:
- Klik butang "Add To Blogger" di bawah.
- Pilih blog yang nak diletakkan widget. Boleh juga tukar tajuk widget jika anda mahu.
- Seterusnya klik butang Add Widget untuk tambah widget waktu solat ke dalam blog anda.
- Anda akan dibawa ke paparan Layout, untuk tujuan menyemak kedudukan widget yang telah ditambah. Jika ingin mengalihnya, anda hanya perlu drag dari lokasi asal dan drop di lokasi baru. Akhir sekali klik butang (warna oren) Save Arrangement.
- Layari blog anda dan lihat hasilnya.
Selamat mencuba.
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel