Cara Cari Balik Page Yang di Like di Facebook

|  6 comments

Bagaimana nak cari balik Facebook page yang anda telah like? Untuk disemak dan unlike balik jika anda mahu. Manalah tau kot anda dengan tidak sengaja terlike page yang tidak sepatutnya atau yang tidak sesuai dengan reputasi anda. Tengok profile suci murni tapi like page tak senonoh; profile macho tapi like page jiwang; atau rocker sejati tapi like page keroncong. Tak sesuai la kan :)

Kalau ada senarai page-page yang anda telah like kan senang. Boleh semak dan unlike mana-mana page yang anda rasa tak sesuai atau dah tak suka.

Sebenarnya ada, mudah je caranya:

  1. Pada halaman Facebook klik ikon anak panah di hujung kanan menu bar.

    facebook find liked pages

  2. Pada dropdown menu pilih "Create Page".
  3. Selepas itu klik butang "Pages I Like" di sudut atas kanan. Facebook akan menyenaraikan semua page yang telah anda like.
  4. Untuk unlike, hover pada butang "Liked" dan seterusnya klik "Unlike".

    unlike facebook page

Semoga berguna.

6 comments

SmuaInfo

SmuaInfo

07 April, 2014 18:22
makasih infonya, sangat bermanfaat nih :)
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

08 April, 2014 16:14
@Balasan Baik unlike cepat-cepat sebelum orang lain tahu :)
Unknown

Unknown

09 April, 2014 18:36
Betui jugak nu.. kadang-kadang jenuh nak cari balik
titan

titan

10 April, 2014 18:58
ohh..macam itu rupanya..
Ismail N

Ismail N

12 April, 2014 09:10
Kawe tgk timeline jer.. Kalau update nya ok, kawe dah terklik nya pun x der masaalah ehhh... Stay like je. Tapi kalau updatenya berbentuk spamming atau bahan2 yg amat x sesuai, so baru unlike..

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel