Petua Hubungan Suami Isteri Tahan Lama
Berikut adalah petua atau tips untuk memastikan hubungan kasih sayang suami isteri tahan lama. Teknik ini boleh dilakukan di mana saja, dalam bilik atau depan orang ramai; malam atau siang hari, dalam berbagai posisi, sekalipun semasa mengandung atau haid. Ia tidak membazir tenaga, tidak melibatkan ubat atau makanan tambahan, gerenti puas hati.
Bila isteri Imam Ahmad Bin Hanbal meninggal dunia, beliau berkata: "Demi Allah, aku hidup bersamanya selama 40 tahun dan kami tidak pernah bergaduh walaupun sekali."
Beliau ditanya, bagaimana?
Imam Ahmad berkata: "Setiap kali isteriku marah dan ingin bertengkar, aku hanya berdiam diri. Dan setiap kali aku marah dan ingin bertengkar, dia hanya berdiam diri."
Nah rahsia kekal rumahtangga sudah terbongkar. Apa lagi yang dah kahwin tu cubalah sekarang, tak perlu tunggu malam Jumaat :)
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel