Senarai Logo Halal Yang Diiktiraf JAKIM
Logo halal Malaysia dan luar negara yang diiktiraf JAKIM. Salah satu cara mudah untuk mengenalpasti produk dan premis (restoran, kilang dsb.) yang disahkan halal di Malaysia ialah dengan memastikan samada terdapat logo halal pada premis / bungkusan produk tersebut.
Terlalu banyak logo halal, termasuk yang diragui dan palsu di luar sana, tapi yang mana satu boleh dipercayai, diyakini dan tidak meragukan?
Untuk itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan senarai logo halal yang diiktiraf. Untuk produk atau premis tempatan, logo halal yang di iktiraf ialah yang dikeluarkan oleh JAKIM sendiri. Manakala untuk produk yang diimport logo tersebut hendaklah dari badan yang diiktiraf oleh JAKIM.
Logo Halal Malaysia Yang Diiktiraf
Untuk produk atau premis tempatan, berikut adalah satu-satunya logo halal yang sah diiktiraf oleh pihak berkuasa iaitu JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) atau MAIN (Majlis Agama Islam Negeri).
Ciri-ciri logo halal JAKIM / JAIN / MAIN adalah seperti berikut (sila rujuk gambar):
- Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
- Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang.
- Diikuti tulisan Rumi “HALAL”.
- Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan “ماليزيا” dalam perkataan Arab.
- Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan Rumi dan perkataan Arab tersebut.
Untuk produk/premis yang mempunyai logo halal Malaysia, anda boleh membuat pengesahan pensijilan halal dengan membuat semakan halal secara online atau melalui SMS.
Berikut adalah senarai logo halal Malaysia serta senarai logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Senarai Badan Islam (Serta Logo Halal) Luar Negara Yang Diiktiraf
Mengenali logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM adalah penting untuk pengguna Muslim yang ingin membeli barangan yang diimport. Bagi peniaga yang ingin mengimport produk masuk ke Malaysia, sijil halal yang diiktiraf akan mengelakkan kerugian dan keraguan.
Sekirannya ingin melancong ke luar negara, anda bolehlah terlebih dahulu download dan simpan di telefon pintar gambar logo-logo halal diiktiraf di negara yang akan dikunjungi.
Berikut adalah senarai terkini pihak berkuasa Islam dan badan pensijilan serta logo halal di seluruh dunia yang diiktiraf oleh JAKIM. Sehingga 13 Februari 2019, JAKIM telah mengiktiraf 78 logo halal luar negara dari 45 buah negara di seluruh dunia.
Muat turun senarai terkini dalam format pdf di sini.
Senarai ini disusun mengikut negara dan ia mengandungi nama organisasi, alamat, cara berhubung (nama, no. telefon, fax, email) dan logo halal yang mereka keluarkan / gunakan.
Semoga maklumat tentang logo halal dalam negara dan luar negara yang diiktiraf JAKIM in bermanfaat buat para pembaca beragama Islam yang sentiasa mementingkan kehalalan dalam kehidupan seharian.
11 comments
Denaihati
26 April, 2014 16:10Bahrain
26 April, 2014 16:42Ezlaila
26 April, 2014 22:21Malaysia Tercinta
27 April, 2014 00:41Malaysia Tercinta
27 April, 2014 00:45Malaysia Tercinta
27 April, 2014 01:00KamilSalleh
27 April, 2014 02:18Unknown
03 Mei, 2014 10:10mrhanafi
06 Mei, 2014 09:27Jumpa lagi dan salam ukkhuwah dari admin blog Hero Borneo
Ezad Skytech
07 Mei, 2014 20:52Pha Is
13 Mei, 2014 00:10