Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ

|  6 comments

Peraturan pemasangan / penggunaan cermin gelap 2021. Memasang cermin gelap atau memasang tinted film untuk menggelapkan cermin kenderaan adalah dibenarkan, dengan syarat anda hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sebelum anda berkunjung ke kedai tinted film untuk menggelapkan cermin kereta, pastikan anda tahu berapa kadar peratus Ketelusan Cahaya Tampak / Visible Light Transmission (VLT) yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Penggunaan cermin gelap melebihi had mendedahkan ada kepada risiko dikenakan saman JPJ.

Kadar Peratus Tint Cermin Gelap Terbaharu

Terkini berkuatkuasa 8 Mei 2019, kadar baharu Ketelusan Cahaya Nampak (VLT) bagi penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian adalah seperti berikut:

  • Cermin hadapan: 70%
  • Cermin sisi hadapan: 50%
  • Cermin sisi belakang: Tiada had
  • Cermin belakang: Tiada had

kadar cermin gelap JPJ

Peraturan baharu cermin gelap

Sesiapa yang ingin mendapat pengecualian untuk menggunakan cermin gelap memerlukan surat kebenaran daripada Ketua Pengarah JPJ dan bayaran akan dikenakan. Pihak yang ingin mendapatkan pengecualian mesti ada alasan atas faktor keselamatan atau kesihatan.

Untuk permohonan atas faktor keselamatan, yuran permohonan RM50 dikenakan, dan jika lulus bayaran RM5000 dikenakan - sah untuk 2 tahun. Pengecualian atas sebab kesihatan tidak dikenakan apa-apa bayaran.

Kadar Peratus Tint Cermin Gelap (Sebelum ini)

Menurut peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Feb 2016), Ketelusan Cahaya Nampak (VLT) bagi penggunaan cermin gelap kenderaan adalah seperti berikut (lebih kecil peratusan, lebih gelap tint/cermin):

  • Cermin hadapan: 70%
  • Cermin sisi hadapan: 50%
  • Cermin sisi belakang: 30%
  • Cermin belakang: 30%

kadar cermin gelap JPJ

Tak puashati? Nak lagi gelap? Boleh, sekiranya anda termasuk dalam kalangan individu-individu yang terkecuali seperti di bawah :)


Pengecualian Peraturan Cermin Gelap

Terdapat dua kategori kenderaan yang boleh memasang cermin gelap (yang tidak tertakluk kepada peraturan di atas).

  1. Kenderaan milik kerajaan yang digunakan oleh individu-individu di bawah:
    • Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
    • Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu negeri atau konsortnya.
    • Pemangku raja sesuatu negeri atau konsortnya.
    • Pembesar memerintah negeri bagi Negeri Sembilan atau konsortnya.
    • Bakal raja sesuatu negeri atau konsort bakal raja itu.
    • Bekas raja sesuatu negeri atau konsortnya.
    • Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu negeri.
    • Hakim Mahkamah Agong atau Mahkamah Tinggi.
    • Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-masing oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
  2. Kenderaan yang mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah JPJ (atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan pemohon). Pemohon boleh mengemukakan permohonan bertulis penggunaan cermin gelap kepada Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia.

Selamat memandu.

6 comments

Denaihati

Denaihati

19 Mei, 2014 14:25
kalau pasang tinted kat kedai, kedai akan beritau lepas JPJ atau tak, terpulang pada pelanggan.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

19 Mei, 2014 16:23
@Balasan Ya betul, tapi kita mesti hati-hati dan ambilkira tint yang sedia ada pada cermin kereta (untuk kereta yang pakai tinted glass).
Pekedai biasanya hanya ambilkira rating tint filem sahaja. Mereka tak ukur pun.
Denaihati

Denaihati

20 Mei, 2014 22:01
@Balasan kalau terkena memang naya jugak ni...heee.
bagi jereta recon yang asal cermin memang gelap(bukan tinted) dibenar kan bro...sama macam lampu HID kot...
Mohd Shubhi

Mohd Shubhi

21 Mei, 2014 18:07
Terima kasih beri info ni tuan. Cermin tak gelap lagi setakat ini...tak masuk dalam senarai 9 kategori di atas tu, jadi kena ambil tahu ler...
Tanpa Nama

Tanpa Nama

16 Oktober, 2014 22:15
tkyh comin golap doh.abih corito.(tok uban.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

22 Jun, 2016 07:50
@Balasan Untuk keselamatan jugak.bila cerah sangat lagi bahaya. tambah tambah kalau tertinggal barang berharga.mana la tahu kecuaian manusia. silap hari bulan penjenayah dok perati lama dah.terus pecah cermin kereta.curi barang radio.laptop dan sebagainya.bila dah jadi kita pakat muhasabah diri sendiri. kalau benar pakai yang x gelap sangat bagi pakai semua.kadang kadang ada sebahagiannya pasang yang tidak dibenarkan.konon kebal undang undang.keja polis la.keja jpj la.keja imigresen la(kalau x sebut keja apa x tau nak paham pulak. macam macam.padahal x layak pun pakai.nampak penguatkuasaan pun x menyeluruh.bila kena tahan siap pilih kasih.nak saman ke tidak. nak saman kawan kawan.tapi pikir la yang nak bagi saman tu dia hanya menjalankan tugasnya. kita x boleh nak salahkan dia. ntah nak cakap pun serba salah. kadang kadang rasa x adil pulakkan.
Ulasan ditutup