Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ
Peraturan pemasangan / penggunaan cermin gelap 2021. Memasang cermin gelap atau memasang tinted film untuk menggelapkan cermin kenderaan adalah dibenarkan, dengan syarat anda hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sebelum anda berkunjung ke kedai tinted film untuk menggelapkan cermin kereta, pastikan anda tahu berapa kadar peratus Ketelusan Cahaya Tampak / Visible Light Transmission (VLT) yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Penggunaan cermin gelap melebihi had mendedahkan ada kepada risiko dikenakan saman JPJ.
Kadar Peratus Tint Cermin Gelap Terbaharu
Terkini berkuatkuasa 8 Mei 2019, kadar baharu Ketelusan Cahaya Nampak (VLT) bagi penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian adalah seperti berikut:
- Cermin hadapan: 70%
- Cermin sisi hadapan: 50%
- Cermin sisi belakang: Tiada had
- Cermin belakang: Tiada had
Sesiapa yang ingin mendapat pengecualian untuk menggunakan cermin gelap memerlukan surat kebenaran daripada Ketua Pengarah JPJ dan bayaran akan dikenakan. Pihak yang ingin mendapatkan pengecualian mesti ada alasan atas faktor keselamatan atau kesihatan.
Untuk permohonan atas faktor keselamatan, yuran permohonan RM50 dikenakan, dan jika lulus bayaran RM5000 dikenakan - sah untuk 2 tahun. Pengecualian atas sebab kesihatan tidak dikenakan apa-apa bayaran.
Kadar Peratus Tint Cermin Gelap (Sebelum ini)
Menurut peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Feb 2016), Ketelusan Cahaya Nampak (VLT) bagi penggunaan cermin gelap kenderaan adalah seperti berikut (lebih kecil peratusan, lebih gelap tint/cermin):
- Cermin hadapan: 70%
- Cermin sisi hadapan: 50%
- Cermin sisi belakang: 30%
- Cermin belakang: 30%
Tak puashati? Nak lagi gelap? Boleh, sekiranya anda termasuk dalam kalangan individu-individu yang terkecuali seperti di bawah :)
Pengecualian Peraturan Cermin Gelap
Terdapat dua kategori kenderaan yang boleh memasang cermin gelap (yang tidak tertakluk kepada peraturan di atas).
- Kenderaan milik kerajaan yang digunakan oleh individu-individu di bawah:
- Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
- Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu negeri atau konsortnya.
- Pemangku raja sesuatu negeri atau konsortnya.
- Pembesar memerintah negeri bagi Negeri Sembilan atau konsortnya.
- Bakal raja sesuatu negeri atau konsort bakal raja itu.
- Bekas raja sesuatu negeri atau konsortnya.
- Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu negeri.
- Hakim Mahkamah Agong atau Mahkamah Tinggi.
- Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-masing oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
- Kenderaan yang mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah JPJ (atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan pemohon). Pemohon boleh mengemukakan permohonan bertulis penggunaan cermin gelap kepada Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia.
Selamat memandu.
6 comments
Denaihati
19 Mei, 2014 14:25Tanpa Nama
19 Mei, 2014 16:23Pekedai biasanya hanya ambilkira rating tint filem sahaja. Mereka tak ukur pun.
Denaihati
20 Mei, 2014 22:01bagi jereta recon yang asal cermin memang gelap(bukan tinted) dibenar kan bro...sama macam lampu HID kot...
Mohd Shubhi
21 Mei, 2014 18:07Tanpa Nama
16 Oktober, 2014 22:15Tanpa Nama
22 Jun, 2016 07:50