Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia
Perodua Axia merupakan Kenderaan Jimat Tenaga atau EEV (Energy Efficient Vehicle) pertama Malaysia, dengan kadar penggunaan petrol serendah 21.6 kilometer per liter.
Perodua Axia dikuasakan oleh enjin aluminium 1 liter 1KR-DE2 DOHC 12 valve. Ia didatangkan dalam empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition SE dan Advanced AV. Ia boleh didapati dalam 5 pilihan warna - ivory white, ebony black, silver, midnight blue, cherry blossom, green, yellow dan red.
Kesemua varian Perodua Axia didatangkan dengan jaminan 5 tahun dengan tahap keselamatan 4 bintang Asean NCAP rating.
Berikut adalah gambar-gambar, senarai harga, serta spesifikasi Perodua Axia.
Senarai harga Perodua Axia
Berikut adalah harga kenderaan On-The-Road (OTR) termasuk insuran dan aksesori standard. Harga ini sah untuk pendaftaran persendirian sahaja.
Semenanjung Malaysia | Sabah/ Sarawak | Wilayah Persekutuan Labuan | ||||
Solid | Metalik | Solid | Metalik | Solid | Metalik | |
AXIA E (MT) | 24,900 | 25,300 | 26,840 | 27,240 | 24,697.35 | 25,057.35 |
AXIA G (MT) | 32,800 | 33,200 | 34,740 | 34,740 | 31,865.13 | 32,225.13 |
AXIA G (AT) | 34,800 | 35,200 | 36,740 | 37,140 | 33,560.19 | 33,920.19 |
AXIA SE (MT) | 37,900 | 38,300 | 39,840 | 40,240 | 36,560.27 | 36,920.27 |
AXIA SE (AT) | 40,900 | 41,300 | 42,840 | 43,240 | 39,263.83 | 39,623.83 |
AXIA AV (AT) | 44,900 | 45,300 | 46,840 | 47,240 | 43,077.61 | 43,437.61 |
Spesifikasi Perodua Axia
Berikut adalah spesifikasi setiap varian Perodua Axia:
Perodua Axia 1.0 E
Axia 1.0 E adalah varian paling asas. Varian ini hanya boleh didapati dengan transmisi manual (lima kelajuan) sahaja. Berikut ialah senarai ciri-ciri yang terdapat untuk varian ini;
- Power steering
- Dua beg udara keselamatan (pemandu dan penumpang hadapan)
- Rim keluli 14 inci dengan penutup plastik
- Kombinasi lampu belakang dari LED
- Tempat duduk jenis fabrik
- Power window
- Indikator ECO Drive (kawalan untuk penjimatan bahan bakar)
- Immobilizer
Perodua Axia 1.0 G
Axia 1.0 G ini turut menawarkan pilihan transmisi auto atau manual dengan lima kelajuan. Berikut ialah senarai ciri-ciri tambahan yang terdapat untuk varian ini: - Remote control entry and alarm
- Reverse sensor
- Rim aloi bersaiz 14 inci
- Cermin sisi dengan pelarasan elektronik
- Wiper cermin belakang serta defogger
- Pemain CD dengan empat pembesar suara
- Tempat duduk pemandu dengan pelarasan ketinggian
- Kotak syiling atau kotak pelbagai guna
- Isofix untuk tempat duduk bayi atau kanak-kanak
Perodua Axia 1.0 SE
Axia 1.0 SE mempunyai elemen luaran yang berbeza berbanding dengan varian E dan G. Senarai ciri-ciri tambahan untuk model 1.0 SE (berbanding 1.0 G) ialah: - Kit badan SE dengan aero bumpers, skirt sisi serta spoiler belakang
- Lampu hadapan jenis projektor
- Lampu kabus
- Sensor hadapan untuk parkir
- Unit audio dengan CD, MP3 dan sambungan Bluetooth
- Tempat duduk jenis semi-bucket
- Kemasan dalaman berwarna perak dan krom
- Hiasan tambahan untuk tombol gear dan brek tangan
- ABS, EBD dan bantuan brek
- Gril hadapan dengan kemasan krom
- Filem cermin keselamatan (Security tint film)
Perodua Axia 1.0 Advance
Axia 1.0 Advance merupakan varian yang paling premium. Varian ini cuma ditawarkan dengan transmisi automatik sahaja. Elemen luaran adalah sama seperti model SE, yang berbeza adalah penambahan di bahagian dalaman: - Sistem audio dengan paparan skrin sentuh bersama DVD, Bluetooth juga GPS
- Balutan kulit untuk tempat duduk dan stereng
- Butang kawalan audio pada stereng