Kalendar Islam 2015 / 1436–1437 Hijrah
Berikut adalah kalendar atau takwim Islam dan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2015 Masehi / 1436-1437 Hijrah. Kalendar ini memaparkan padanan tarikh antara kalendar Masehi/Miladiah dan kalendar Hijriah.
[Baharu] Kalendar Islam 2017 Masihi / 1438-1439 Hijrah
Kalendar Hijriah ialah kalender lunar, yang dikira berasaskan pergerakan/fasa bulan mengelilingi Bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.
Ini berbeza dengan kalendar Masehi yang dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari (kalendar solar). Satu tahun Masihi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula dengan bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.
Kalendar Islam 2015
Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas
Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2015 bagi Malaysia
Tarikh Hijri | Tarikh Masihi / Miladi | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
12 Rabiulawal 1436 | 3 Januari 2015 | Maulidur Rasul |
27 Rejab 1436 | 16 Mei 2015 | Israk dan Mikraj |
1 Ramadhan 1436 * | 18 Jun 2015 | Awal Ramadhan / Berpuasa |
17 Ramadhan 1436 | 4 Julai 2015 | Nuzul al-Quran |
1 Syawal 1436 * | 17 Julai 2015 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1436 | 15 September 2015 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1436 * | 24 September 2015 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharram 1437 | 14 Oktober 2015 | Awal Muharram / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1437 | 24 Disember 2015 | Maulidur Rasul |
* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Entri berkaitan:
- Converter untuk menukar tarikh Masihi ke Hijrah atau sebaliknya.
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel