Kalendar Islam 2015 / 1436–1437 Hijrah

|  5 comments

Berikut adalah kalendar atau takwim Islam dan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2015 Masehi / 1436-1437 Hijrah. Kalendar ini memaparkan padanan tarikh antara kalendar Masehi/Miladiah dan kalendar Hijriah.

[Baharu] Kalendar Islam 2017 Masihi / 1438-1439 Hijrah

Kalendar Hijriah ialah kalender lunar, yang dikira berasaskan pergerakan/fasa bulan mengelilingi Bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.

Ini berbeza dengan kalendar Masehi yang dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari (kalendar solar). Satu tahun Masihi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula dengan bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.


Kalendar Islam 2015

Kalendar Islam 2015

Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas


Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2015 bagi Malaysia

Tarikh Hijri

Tarikh Masihi / Miladi

Hari Perayaan / Kebesaran Islam

12 Rabiulawal 1436 3 Januari 2015 Maulidur Rasul
27 Rejab 1436 16 Mei 2015 Israk dan Mikraj
1 Ramadhan 1436 * 18 Jun 2015 Awal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan 1436 4 Julai 2015 Nuzul al-Quran
1 Syawal 1436 * 17 Julai 2015 Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 1436 15 September 2015 Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1436 * 24 September 2015 Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 1437 14 Oktober 2015 Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1437 24 Disember 2015 Maulidur Rasul

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Entri berkaitan:

5 comments

blogger lelaki

blogger lelaki

20 Oktober, 2014 21:39
waalupun urusan rasmi guna kalendar Masihi...takwim hijrah masih tetap diperlukan
OK_la_tu

OK_la_tu

05 Januari, 2015 11:41
3/4 penduduk bumi berada di antara Katul Kapricorn & Katul Cancer yg bergantung hidup kpd peredaran bulan yang mempengaruhi cuaca, air laut dsb sejak tamddun Hindus & China sejak beribu tahun lagi.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

09 Ogos, 2015 08:21
Thanks for sharing....it help a lot
Tanpa Nama

Tanpa Nama

13 Oktober, 2015 15:41
Terima kasih berbanyak

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel