Semak Baki Pinjaman PTPTN Melalui SMS

|  1 comments

Semak baki dan status pinjaman PTPTN melalui SMS. Buat penuntut IPTA dan IPTS yang dibiayai oleh pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kini anda boleh membuat semakan berkaitan pinjaman PTPTN dengan pantas dan mudah, iaitu melalui SMS menggunakan telefon mudah alih.


Cara Semak Baki PTPTN Melalui SMS

Berikut adalah cara menyemak baki pinjaman PTPTN melalui perkhidmatan mySMS 15888:

Semakan check baki pinjaman PTPTN online

  1. Taipkan:

    PTPTN<jarak>BAKI<jarak>[No Kad Pengenalan]<jarak>[No Pin]

    Contoh: PTPTN  BAKI  901114035243  123456

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk dapatkan nombor pin / nombor pinjaman 6 digit, sila hubungi PTPTN melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di twitptptn atau talian hotline PTPTN 03-20804455.


Semakan Lain Berkaitan Pinjaman PTPTN

Selain daripada baki pinjaman PTPTN, mySMS 15888 juga membolehkan anda membuat beberapa semakan lain yang berkaitan dengan pinjaman PTPTN. Sila rujuk jadual di bawah untuk senarai semakan dan format SMS.

semakan pinjaman PTPTN melalui SMS

Jenis Semakan Mesej
Semak Baki Pembiayaan Ujrah dan Pinjaman Konvensional PTPTN  BAKI  [No KP]  [No Pin]
Semak Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN  WPP  [No KP]

Semak Baki Simpanan SSPN-i

PTPTN  SSPN  [No Akaun]

Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i

PTPTN  SSPN  CUKAI  [No KP]

Setiap SMS yang dihantar akan di caj RM 0.15 dan setiap penerimaan akan dicaj RM 0.20.

Semoga info ini berguna buat peminjam-peminjam PTPTN dalam membayar balik hutang pembiayaan PTPTN mereka serta mengelakkan dari termasuk ke dalam senarai hitam PTPTN.

Anda juga boleh membuat semakan pinjaman PTPTN menggunakan perkhidmatan myUSSD.

1 comments

Boy

Boy

22 Jun, 2015 16:55
Terima kasih atas perkongsian admin. Lepas ni mudah nak semak baki PTPTN
Ulasan ditutup