Jadual Dan Harga Tiket ERL (KLIA Ekspres dan KLIA Transit) 2022

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah syarikat yang mengendalikan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit di laluan KL Sentral-KLIA & KLIA2.

KLIA Ekspres merupakan tren terus tanpa henti dari KL Sentral ke KLIA dan KLIA2 dan sebaliknya. Manakala KL Transit pula merupakan train biasa yang akan berhenti di 6 stesen iaitu KL Sentral, Bandar Tasik Selatan (BTS), Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2.

Dari KL Sentral, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi di sekitar Kuala Lumpur dengan menngunakan perkhidmatan transit aliran ringan KL atau pun menaiki keretapi ETS untuk ke bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat terkini mengenai jadual perjalanan dan tambang KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

Tambang / Harga Tiket ERL

Berikut adalah senarai harga tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang terkini:

  • Harga Tiket KLIA Ekspres

    Senarai harga baharu tambang KLIA Ekspres (KL Sentral-KLIA/KLIA2) dalam Ringgit Malaysia:

    Tambang Baharu Beli di kaunter Beli di kiosk/online/app
    Dewasa satu hala RM55.00 RM49.50
    Kanak-kanak satu hala RM25.00 RM22.50
    Dewasa pergi balik RM100.00 RM90.00
    Kanak-kanak pergi balik RM45.00 RM40.50

    Tiket KLIA Ekspres boleh dibeli secara online di sini. Aplikasi mudah alih "KLIA Ekspres" boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

  • Harga Tiket KLIA Transit

    Jadual harga baharu tambang KLIA Transit dalam Ringgit Malaysia:

    Tambang Baharu (RM) KL Sentral Bandar Tasik Selatan (BTS) Putrajaya & Cyberjaya Salak Tinggi KLIA
    Bandar Tasik Selatan (BTS)

    6.50

    2.90

           
    Putrajaya & Cyberjaya

    14.00

    6.30

    8.00

    3.60

         
    Salak Tinggi

    18.30

    8.20

    12.40

    5.60

    4.70

    2.10

       
    KLIA

    55.00

    25.00

    38.40

    17.30

    9.40

    4.20

    4.90

    2.20

     
    KLIA2

    55.00

    25.00

    38.40

    17.30

    9.40

    4.20

    4.90

    2.20

    2.00

    1.00

    Huruf tegak untuk harga tiket dewasa, manakala huruf condong untuk harga tiket kanak-kanak. Harga tiket pergi balik KLIA Transit adalah dua kali ganda harga tiket sehala, kecuali sektor KL Sentral-KLIA/KLIA2.

Untuk maklumat terperinci harga tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit termasuk harga TravelCard dan tambang konsesi untuk warga emas, OKU dan pelajar, sila layari laman KLIA Ekspres > PRODUCTS & FARES.

Jadual Perkhidmatan Tren ERL

Berikut adalah jadual perjalanan bagi Perkhidmatan Bergabung KLIA Ekspres dan KLIA Transit baharu yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2022. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar/jelas.

  • Jadual Perkhidmatan Tren ERL Hari Minggu

    Berikut adalah jadual perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit pada hari minggu (Isnin hingga Jumaat).

    jadual KLIA Ekspres KLIA Transit hari minggu 2022

    Kekerapan perjalanan adalah setiap 10 minit dalam waktu puncak dan setiap 20 minit dalam waktu biasa. Tempoh perjalanan ialah 35 minit untuk KLIA – KL Sentral, manakala 38 minit untuk KLIA2 – KL Sentral.

  • Jadual Perkhidmatan Tren ERL Hujung Minggu

    Berikut adalah jadual perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan pada hari cuti umum kebangsaan.

    jadual KLIA Transit KLIA Ekspres hari cuti sabtu ahad

    Kekerapan perjalanan adalah setiap 20 minit sepanjang hari. Tempoh perjalanan ialah 35 minit untuk KLIA – KL Sentral, manakala 38 minit untuk KLIA2 – KL Sentral.

Semoga maklumat tentang jadual dan harga tiket KLIA Ekspres serta KLIA Transit ini bermanfaat buat para pembaca.

sumber: kliaekspres.com