Jadual Dan Harga Tiket ERL (KLIA Ekspres dan KLIA Transit) 2022
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah syarikat yang mengendalikan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit di laluan KL Sentral-KLIA & KLIA2.
KLIA Ekspres merupakan tren terus tanpa henti dari KL Sentral ke KLIA dan KLIA2 dan sebaliknya. Manakala KL Transit pula merupakan train biasa yang akan berhenti di 6 stesen iaitu KL Sentral, Bandar Tasik Selatan (BTS), Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2.
Dari KL Sentral, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi di sekitar Kuala Lumpur dengan menngunakan perkhidmatan transit aliran ringan KL atau pun menaiki keretapi ETS untuk ke bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
Berikut dikongsikan beberapa maklumat terkini mengenai jadual perjalanan dan tambang KLIA Ekspres dan KLIA Transit.
Tambang / Harga Tiket ERL
Berikut adalah senarai harga tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang terkini:
-
Harga Tiket KLIA Ekspres
Senarai harga baharu tambang KLIA Ekspres (KL Sentral-KLIA/KLIA2) dalam Ringgit Malaysia:
Tambang Baharu Beli di kaunter Beli di kiosk/online/app Dewasa satu hala RM55.00 RM49.50 Kanak-kanak satu hala RM25.00 RM22.50 Dewasa pergi balik RM100.00 RM90.00 Kanak-kanak pergi balik RM45.00 RM40.50 Tiket KLIA Ekspres boleh dibeli secara online di sini. Aplikasi mudah alih "KLIA Ekspres" boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.
-
Harga Tiket KLIA Transit
Jadual harga baharu tambang KLIA Transit dalam Ringgit Malaysia:
Tambang Baharu (RM) KL Sentral Bandar Tasik Selatan (BTS) Putrajaya & Cyberjaya Salak Tinggi KLIA Bandar Tasik Selatan (BTS) 6.50
2.90
Putrajaya & Cyberjaya 14.00
6.30
8.00
3.60
Salak Tinggi 18.30
8.20
12.40
5.60
4.70
2.10
KLIA 55.00
25.00
38.40
17.30
9.40
4.20
4.90
2.20
KLIA2 55.00
25.00
38.40
17.30
9.40
4.20
4.90
2.20
2.00
1.00
Huruf tegak untuk harga tiket dewasa, manakala huruf condong untuk harga tiket kanak-kanak. Harga tiket pergi balik KLIA Transit adalah dua kali ganda harga tiket sehala, kecuali sektor KL Sentral-KLIA/KLIA2.
Untuk maklumat terperinci harga tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit termasuk harga TravelCard dan tambang konsesi untuk warga emas, OKU dan pelajar, sila layari laman KLIA Ekspres > PRODUCTS & FARES.
Jadual Perkhidmatan Tren ERL
Berikut adalah jadual perjalanan bagi Perkhidmatan Bergabung KLIA Ekspres dan KLIA Transit baharu yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2022. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar/jelas.
-
Jadual Perkhidmatan Tren ERL Hari Minggu
Berikut adalah jadual perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit pada hari minggu (Isnin hingga Jumaat).
Kekerapan perjalanan adalah setiap 10 minit dalam waktu puncak dan setiap 20 minit dalam waktu biasa. Tempoh perjalanan ialah 35 minit untuk KLIA – KL Sentral, manakala 38 minit untuk KLIA2 – KL Sentral.
-
Jadual Perkhidmatan Tren ERL Hujung Minggu
Berikut adalah jadual perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan pada hari cuti umum kebangsaan.
Kekerapan perjalanan adalah setiap 20 minit sepanjang hari. Tempoh perjalanan ialah 35 minit untuk KLIA – KL Sentral, manakala 38 minit untuk KLIA2 – KL Sentral.
Semoga maklumat tentang jadual dan harga tiket KLIA Ekspres serta KLIA Transit ini bermanfaat buat para pembaca.
sumber: kliaekspres.com