Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Semakan pinjaman perumahan kerajaan online dan SMS LPPSA. Kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) boleh membuat semakan pinjaman mereka secara online atau melalui SMS.
Nota: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah nama baharu bagi Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia bermula 1 Januari 2016.
Semakan Pinjaman LPPSA Secara Online
Semakan pinjaman perumahan kakitangan awam secara online boleh dibuat di portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) di alamat:
Pengguna baru hendaklah mendaftar dahulu di sini sebelum dapat mengakses perkhidmatan-perkhidmatan di portal SPPB seperti semakan status permohonan baru, status bayaran balik pinjaman, status bayaran kemajuan, status penghantaran hakmilik, status baki pinjaman dan penyata tahunan.
Semakan Pinjaman LPPSA Melalui SMS
Berikut adalah cara terkini menyemak pinjaman perumahan kerajaan LPPSA melalui mySMS 15888:
-
Menyemak Baki Pinjaman Perumahan
-
Taipkan:
LPPSA<jarak>BAKI<jarak>[No Kad Pengenalan]
Contoh: LPPSA BAKI 781114035243
-
Hantarkan SMS ke 15888
-
-
Menyemak Status Permohonan Pinjaman Perumahan
Taipkan LPPSA<jarak>STATUS<jarak>[No Kad Pengenalan] dan hantarkan SMS ke 15888
-
Mengakses Menu Servis LPPSA
Taipkan LPPSA<jarak>MENU dan hantarkan SMS ke 15888
Setiap SMS yang dihantar akan di caj RM 0.15 dan setiap penerimaan akan dicaj RM 0.20.
Semoga maklumat ini berguna buat penjawat awam atau pesara kerajaan yang dalam proses membayar balik loan rumah mereka.