Doa Qunut Solat Subuh Dan Witir

Berikut adalah Doa Qunut untuk solat Subuh dan solat Witir dengan teks bahasa Arab. Ia lengkap dengan terjemahan/maksud dalam Bahasa Melayu serta sebutan dalam tulisan Rumi. Doa qunut ini adalah untuk solat sendirian.

Doa qunut dibaca semasa i'tidal selepas naik dari rukuk pada rakaat kedua solat subuh atau pada rakaat terakhir solat witir. Di dalam mazhab Syafie, hukum membaca qunut dalam solat Subuh adalah sunat ab'adh (sunat yang amat digalakkan), iaitu sekiranya ditinggalkan disunatkan untuk sujud sahwi.


Bacaan Doa Qunut Solat Subuh

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ
وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ
وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَن تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ
وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ
فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ
وَاِ نَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Bacaan Qunut Dalam Rumi

Berikut adalah sebutan bacaan doa qunut dalam tulisan Rumi. Tranliterasi Arab-Rumi adalah berpandukan kaedah DBP dan hanya untuk panduan/rujukan sahaja. Sila baca teks asal dalam Bahasa Arab untuk sebutan tepat.

Allahummah dinī fīman hadayt
Wa ’āfinī fīman ‘āfayt
Wa tawallani fīman tawallayt
Wa bā riklī fīmā a’ṭayt
Wa qinī syarramā qaḍayt
Fainnaka taqḍī wa lā yuqḍā ‘alayk
Wa innahu lā yadhilluman wālayt
Wa lā ya’izzuman ‘ādayt
Tabā rakta rabbanā wa ta’ālayt
Falakalḥamdu ‘alā māqaḍayt
Wa astaghfiruka wa atūbu ilayk
Wa ṣallallahu ‘alā sayyidinā Muḥammadin wa 'alā ālihi wa ṣaḥbihi wasallam.


Maksud Doa Qunut Dalam Bahasa Melayu

Berikut adalah maksud / terjemahan doa qunut dalam Bahasa Melayu:

Ya Allah, berilah aku petunjuk bersama mereka yang telah Engkau berikan petunjuk.

Dan sejahterakanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sejahterakan.

Dan lindungilah aku bersama orang-orang yang telah Engkau lindungi.

Dan berkatilah aku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Dan selamatkan aku dari kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menetapkan dan tiada yang dapat merubah ketetapan-Mu.

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau lindungi.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau tetapkan.

Dan aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan para sahabat baginda.


Terjemahan Doa Qunut Dalam Bahasa Inggeris

Berikut adalah maksud doa qunut dalam Bahasa Inggeris / English:

O Allah, guide me with those whom You have guided.

And strengthen me with those whom You have given strength.

And take me to Your care with those whom You have taken to Your care.

And bless me in what You have given me.

Protect me from the evil You have ordained.

Surely, You command and are not commanded.

And none whom You have committed to Your care shall be humiliated.

And none whom You have taken as an enemy shall taste glory.

You are Blessed, Our Lord, and Exalted.

To you is all the Praise on what you have decreed.

I seek your forgiveness Oh Allah and turn in repentance to you.

May Allah shower peace and blessing on our leader Prophet Muhammad, his family, and his Companions.

Semoga panduan doa qunut untuk sembahyang Subuh/Witir berserta terjemahan ini memberi manfaat buat para pembaca Muslim.