Harga Dan Spesifikasi Proton Perdana 2016 Baharu
Harga, spesifikasi dan gambar Proton Perdana 2016 baharu. Perdana generasi keempat 2016 datang dalam dua kapasiti enjin: 2.0 liter dan 2.4 liter. Proton Perdana 2.0 dikuasakan oleh enjin Honda R20A3 SOHC 2.0 liter, manakala Perdana 2.4 dikuasakan oleh enjin i-VTEC K24 DOHC 2.4 liter. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi otomatik 5 kelajuan.
Proton Perdana 2016 boleh didapati dalam enam pilihan warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Citrine Gold dan Midnight Black.
Berikut adalah gambar-gambar, senarai harga, serta spesifikasi kereta sedan Proton Perdana 2016.
Senarai Harga Proton Perdana 2016
Berikut adalah jadual harga Proton Perdana 2.0 L dan 2.4L. Harga tersenarai adalah adalah harga On-The-Road (OTR) termasuk insuran dan GST 6%. Harga ini termasuk aksesori standard dan sah untuk pendaftaran persendirian sahaja.
Varian | Proton Perdana 2.0L Premium | Proton Perdana 2.4L Premium | ||
---|---|---|---|---|
Jenis Cat | Metalik | Solid | Metalik | Solid |
Semenanjung Malaysia | RM 113,888 | RM 113,438 | RM 138,888 | RM 138,438 |
Sabah & Sarawak | RM 115,888 | RM 115,438 | RM 140,888 | RM 140,438 |
Labuan | RM 107,420 | RM 106,970 | RM 130,580 | RM 130,130 |
Langkawi | RM 106,710 | RM 106,260 | RM 129,960 | RM 129,510 |
Spesifikasi Proton Perdana 2016
Berikut adalah spesifikasi utama Proton Perdana 2.0 L dan 2.4L:
Klik untuk gambar penuh/jelas
Kelengkapan Utama Proton Perdana 2016
Berikut adalah fitur dan kelengkapan utama Proton Perdana 2016 baharu:
Sumber: http://www.protonperdana.com
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel