Permohonan Pengajian Timur Tengah Sesi 2016/2017
Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke universiti di Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi/Morocco) bagi sesi 2016/2017 akan dibuka mulai jam 12 tengah hari 4 Mac sehingga 12 tengah hari 18 Mac 2016.
Permohonan Pengajian Timur Tengah Secara Online
Pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian atau Farmasi di Timur Tengah hendaklah membuat permohonan secara online di laman web berikut:
https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah
Sila baca panduan & prosedur permohonan serta maklumat pengajian sebelum mengemukakan permohonan.
Borang permohonan dalam talian yang telah dicetak perlu dikemukakan ke Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi berserta dokumen sokongan selewat-lewatnya pada atau sebelum jam 5 petang 29 April 2016.
Hubungi Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT di 03-88706226/6627 untuk sebarang pertanyaan.
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel