Permohonan Dan Semakan Program KV di ILKS Ambilan Jun 2016
Permohonan dan Semakan Keputusan Kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Ambilan Jun 2016. Permohonan Online Kemasukan ke ILKS untuk Program Kolej Vokasional Ambilan Jun 2016 akan dibuka mulai 2 Mei 2016.
Murid-murid Lepasan Tingkatan Tiga (Tahun 2015) yang belum ditawarkan di mana-mana Kolej Vokasional (KV) / Sekolah Menengah Teknik (SMT) dipelawa untuk memohon.
Syarat-syarat Program Kolej Vokasional KPM di ILKS
Syarat Umum
- Calon adalah Warganegara Malaysia
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan /Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Calon sihat tubuh badan
- Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
- Calon bebas daripada masalah mental, dan
- Calon berminat dengan program dipohon
Syarat Khusus
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3), dan
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS)
Senarai Kursus Dan Tempat Yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan serta ILKS yang terlibat.
Negeri | Nama dan Lokasi ILKS | Telefon | Kursus |
---|---|---|---|
Selangor | Enter Coridor Training Centre Wisma Enter Coridor, No. 30, Jalan Klang Sentral 11/KU5, Klang Sentral, 41050 Bukit Raja, Selangor |
03-3344 9830 |
|
Septronic Skills Training Centre No. 6, Aparment Buginvilla, Persiaran Bunga Raya, Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor |
03-60215993 03-60216361 |
| |
KRU Academy Sdn Bhd Lot No 12159, Jalan Cyber Point 6, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor |
03-83193888 013-9564351 |
| |
Sarawak | PPKS Ilmu Sdn Bhd Tabuan Jaya, 93050 Kuching Sarawak |
082-364198 082-361641 |
|
JT Akademi Sdn Bhd Tabuan Jaya, 93050 Kuching Sarawak |
082-370078 |
| |
Kelantan | Akademi APFT Maintenance Training Terminal Lama, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Jln Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu Kelantan |
09-7738801 09-7742675 |
|
Terengganu | Ranaco Marine Kampus Kijal, Bandar Baru Kijal, 24100 Kemaman Terengganu |
09-8593800 |
|
Cara Memohon Program Kolej Vokasional KPM di ILKS
Permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional ILKS Ambilan Jun 2016 akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 2 Mei dan akan ditutup12 Mei 2016.
Sila layari laman sesawang KPM:
Temu bual akan dilaksanakan bagi semua kursus yang ditawarkan.
Semakan Keputusan Permohonan
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di ILKS Ambilan Jun 2016 boleh disemak mulai 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016.
Sila layari laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my.
Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan ambilan, sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884-5089 / 5067 / 5086 / 5088.
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel