Harga Dan Spesifikasi Honda Civic 2016
Harga dan spesifikasi Honda Civic FC 2016 baharu. Honda Civic 2016 baharu (generasi ke-10) ditawarkan dengan dua varian enjin, iaitu enjin empat silinder 1.5L VTEC Turbo dan 1.8L i-VTEC. Kedua-duanya menggunakan transmisi Continuously Variable Transmission (CVT) sepertimana model HR-V.
Honda Civic 2016 boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Lunar Silver Metallic, White Orchid Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Ruby Red Pearl dan Crystal Black Pearl.
Di antara ciri-ciri baru dan menarik untuk Honda Civic 2016 ialah Remote Engine Start di mana enjin dan penghawa dingin boleh dihidupkan dengan menekan kunci kawalan jauh, dan Walk Away Auto Lock yang berfungsi mengunci pintu secara automatik bila ia mengesan kunci bergerak sejauh 2.5 meter dari kenderaan.
Berikut adalah gambar-gambar, spesifikasi serta senarai harga Honda Civic generasi 10 baharu.
Klik gambar untuk besar dan jelas
Senarai Harga Honda Civic 2016
Berikut adalah jadual harga Honda Civic 1.8 Sedan, Honda Civic 1.5 Turbo dan Honda Civic 1.5 Turbo Premium. Harga tersenarai adalah adalah harga On-The-Road (OTR) termasuk insuran dan GST 6%. Harga ini termasuk aksesori standard dan sah untuk pendaftaran persendirian sahaja.
Varian | Honda Civic 1.8S | Honda Civic 1.5TC | Honda Civic 1.5TC-P |
---|---|---|---|
Semenanjung Malaysia | RM113,800 | RM127,800 | RM135,800 |
Kota Kinabalu | RM114,800 | RM128,800 | RM136,800 |
Kuching | RM114,800 | RM128,800 | RM136,800 |
Miri & Sibu | RM114,800 | RM128,800 | RM136,800 |
Labuan | RM95,630 | RM107,880 | RM114,530 |
Langkawi | RM94,630 | RM106,880 | RM113,530 |
Spesifikasi Honda Civic 2016
Berikut adalah spesifikasi utama Honda Civic 2016 baharu:
Klik gambar untuk paparan besar dan jelas
Kelengkapan Utama Honda Civic 2016
Berikut adalah fitur dan kelengkapan utama Honda Civic 2016 baharu:
Klik gambar untuk paparan besar dan jelas
Sumber: http://www.honda.com.my/