Semak Dan Bayar Bil Elektrik Di myTNB Online
Semak dan bayar bil elektrik TNB secara online, serta pelbagai transaksi/urusan lain boleh dilakukan di portal myTNB.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memperkenalkan portal perkhidmatan atas talian serta aplikasi mobile yang membolehkan pelanggan mengakses maklumat serta melakukan pelbagai transaksi seperti semakan dan pembayaran bil elektrik, permohonan bekalan elektrik, penukaran nama pada bil elektrik secara online.
[Terbaru] Dengan myTNB Express Payment, pengguna boleh menyemak bil TNB dan membayar secara online tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu.
Portal myTNB boleh dicapai di pautan berikut :
Untuk mengakses perkhidmatan online yang ditawarkan myTNB, anda hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna myTNB menerusi laman web di atas. Selepas itu daftarlah akaun-akaun TNB anda untuk membolehkan anda menguruskan setiap akaun TNB melalui portal ini.
Cara Mendaftar Akaun myTNB
Berikut adalah langkah-langkah mendaftar akaun myTNB:
- Untuk mendaftar, sila layari www.mytnb.com.my
- Kemudian klik pada pautan "New here? Register now!".
- Klik butang "Register Now!" di bawah "Register for myTNB Account" untuk memulakan pendaftaran.
- Isikan maklumat peribadi dan kata laluan seperti diminta dalam borang.
- Tick pada checkbox tanda persetujuan dengan terma penggunaan dan polisi.
- Klik butang "Create Account" untuk langkah seterusnya.
Satu pop up bertajuk "Please Verify Your Mobile Number" akan keluar. Pada masa yang sama satu kod OTP akan dihantar ke nombor telefon anda.
- Masukkan kod OTP ke dalam kotak yang disediakan.
- Kemudian tekan butang "Confirm" untuk meneruskan. Jika kod OTP tidak diterima, tekan butang "Resend". Lakukan setiap langkah dalam proses pendaftaran sehingga selesai.
- Selepas verifikasi, satu pop up "Congratulations" akan keluar menandakan pendaftaran berjaya. Tekan butabg "OK" untuk kembali ke login page.
- Satu email yang mengandungi activation link akan dihantar ke alamat email anda. Klik pada link tersebut dan pop-up bertajuk "Account Successfully Activated" akan keluar.
- Klik butang "OK". Akaun myTNB anda sekarang sudah aktif dan boleh digunakan.
Untuk penerangan terperinci cara pendaftaran, cara log in kali pertama dan panduan penggunaan portal myTNB, sila muat turun dokumen pdf panduan di sini.
Senarai Perkhidmatan Online myTNB
Berikut adalah diantara servis yang ditawarkan oleh portal myTNB:
- Akses kepada maklumat untuk setiap akaun TNB yang didaftarkan. Ia membolehkan anda membuat semakan ke atas maklumat-maklumat berikut secara online:
- Bil elektrik semasa untuk setiap akaun TNB anda
- Trend penggunaan tenaga elektrik
- Sejarah bacaan meter (Meter Reading History), sejarah pembayaran (Billing & Payment History) dan sebagainya.
- Maklumat akaun seperti jumlah deposit dan status akaun TNB
- Pembayaran bil elektrik semasa
- Permohonan secara online
Di antara permohonan secara online yang boleh dikemukakan menerusi Portal myTNB ialah:
- Permohonan bekalan elektrik
- Pertukaran nama pengguna (Change of Tenancy) - tukar kepada nama pemilik baharu jika kediaman bertukar milik atau kepada nama penyewa jika kediaman disewakan.
- Permohonan untuk membaca sendiri meter (Self Meter Reading)
- Penutupan akaun
- Pelbagai transaksi lain yang akan diperkenalkan kemudian
Selain daripada itu, pelanggan juga boleh melakukan carian ke portal-portal lain berkaitan industri elektrik.
Aplikasi Mobile myTNB
Perkhidmatan myTNB juga boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih di telefon anda. Aplikasi myTNB App boleh dimuat turun secara percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.
Semak Dan Bayar Bil TNB Online Tanpa Daftar
Terbaru, pengguna boleh juga membuat semakan bil elektrik TNB dan melakukan pembayaran secara online tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu.
Berikut adalah cara membuat semakan dan pembayaran bil TNB tanpa mendaftar:
- Layari laman myTNB Express Payment dengan menekan butang "Express Payment" pada halaman utama myTNB, atau klik pautan berikut:
- Masukkan nombor akaun TNB 12 digit, tekan captcha "I'm not a robot", kemudian tekan butang "Search".
- Jumlah amaun yang perlu dibayar dan tarikh due date akan dipaparkan.
- Anda boleh terus membayar sehingga RM250 menggunakan kad kredit atau kad debit tanpa perlu mendaftar.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai khidmat pelanggan TNB di talian 15454, 1-300-88-5454 atau di Kedai Tenaga yang berhampiran.