Makna Bacaan Dalam Solat

Alangkah pelik serta rugi seorang yang solat/sembahyang tapi tidak faham maksud atau makna apa yang diucapkannya ketika solat. Solat adalah tiang agama, jadi sewajarnyalah kita mengambil berat tentang solat, bermula dengan memahami makna setiap bacaan dalam solat.

Sila layari Waktu Solat Setiap Zon Di Malaysia untuk menyemak masa masuk waktu solat hari ini.

Berikut kami kongsikan setiap bacaan dalam solat dengan teks bahasa Arab, sebutan (transliteration) dalam tulisan Rumi dan juga maksud/terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Nota: Sebutan / transliterasi dalam Rumi adalah hanya untuk panduan/rujukan sahaja (Transliterasi Arab-Rumi menggunakan kaedah DBP). Sila baca teks asal dalam Bahasa Arab untuk sebutan tepat.

makna maksud bacaan dalam solat sembahyang

Bacaan Semasa Takbiratul Ihram

اَللّٰهُ أَكْبَر

  • Transliterasi Takbiratul Ihram dalam Rumi

    Allāhu akbar

  • Maksud Takbiratul Ihram

    Allah Maha Besar

Bacaan Doa Iftitah

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا.
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ.
إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ.

  • Transliterasi doa Iftitah dalam Rumi

    Allāhu akbaru kabīrāw wal ḥamdu lillāhi kathīraw wasubḥānallāhi bukrataw wa aṣīlā. َ
    Wajjahtu wajhiya lilladhī faṭaras samāwāti wal-arḍa ḥanīfam mmuslimaw wamā ana minal musyrikīnَ.
    Inna ṣalātī wanusukī wamaḥyāya wamamātī lillāhi rabbil ‘ālamīn. َ
    Lā syarīka lahū wabidhalika umirtu wa ana minal muslimīn.

  • Maksud doa Iftitah

    Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Segala puji yang sebanyak-banyaknya bagi Allah SWT, Maha Suci Allah pada pagi dan petang.
    Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi dengan segenap kepatuhan dan kepasrahan diri, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang menyekutukan-Nya. َ
    Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. َ
    Tiada sekutu bagi-Nya dan aku diperintahkan untuk tidak menyekutukan-Nya dan aku adalah termasuk orang-orang yang berserah diri.

Bacaan Surah Al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿1﴾
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴿2﴾
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿3﴾
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴿4﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿5﴾
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴿6﴾
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ﴿7﴾

  • Maksud Surah Al-Fatihah

    (1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
    (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
    (3) Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
    (4) Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Hari Akhirat).
    (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
    (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.
    (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Bacaan Semasa Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

  • Transliterasi bacaan ketika rukuk dalam Rumi

    Subḥāna rabbiyal 'aẓīmi wa biḥamdih

  • Maksud bacaan ketika rukuk

    Maha Suci TuhanKu Yang Maha Agung dan segala puji untuk-Nya.

Bacaan Semasa I'tidal

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

  • Transliterasi bacaan ketika i'tidal dalam Rumi

    Sami'allāhu liman ḥamidah, rabbanā wa lakalḥamd.

  • Maksud bacaan ketika i'tidal

    Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya untuk Engkaulah segala pujian.

Doa Qunut

Sila rujuk Doa Qunut Solat Subuh Dan Witir.

Bacaan Ketika Sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

  • Transliterasi bacaan ketika sujud dalam Rumi

    Subḥāna rabbiyal a'lā wa biḥamdih

  • Maksud bacaan ketika sujud

    Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi dan segala puji untuk-Nya.


Bacaan Doa Ketika Duduk Di antara Dua Sujud

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

  • Transliterasi bacaan ketika duduk di antara dua sujud dalam Rumi

    Rabbighfirlī warḥamnī wajburnī warfa'nī warzuqnī wahdinī wa'āfinī wa'fu 'annī

  • Maksud doa ketika duduk di antara dua sujud

    Ya Allah! ampunilah dosaku, rahmatilah aku, tinggikanlah darjatku, cukupkanlah segala kekuranganku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berilah kesihatan kepadaku dan berilah keampunan kepadaku.

Bacaan Tahiyyat Awal

التَّحِيَّاتُ المُبَارَكَاتُ الصَّلَواتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أيُّهَا النَّبيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحينَ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ

  • Transliterasi Tahiyyat Awal dalam Rumi

    Attahiyyātul mubārakātus ṣalawātuṭ ṭayyibātul lillāh,
    assalāmu’alayka ayyuhan nabiyyu warahmatullāhi wabarakātuh,
    assalāmu’alaynā wa’alā ‘ibādillāhis ṣāliḥīn.
    Asyhadu allā ilāha illallāh, wa asyhadu anna Muḥammadar rasūlullāh.
    Allahhumma ṣalli ‘alā Muḥammad.

  • Maksud bacaan Tahiyyat Awal

    Segala penghormatan yang berkat, solat yang baik adalah untuk Allah.
    Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.
    Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
    Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
    Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)

التَّحِيَّاتُ المُبَارَكَاتُ الصَّلَواتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أيُّهَا النَّبيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحينَ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَرَكْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ. فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.

  • Transliterasi Tahiyyat Akhir dalam Rumi

    Attahiyyātul mubārakātus ṣalawātuṭ ṭayyibātul lillāh. Assalāmu’alayka ayyuhan nabiyyu warahmatullāhi wabarakātuh. Assalāmu’alaynā wa’alā ‘ibādillāhis ṣāliḥīn. Asyhadu allā ilāha illallāh, wa asyhadu anna Muḥammadar rasūlullāh.
    Allahhumma ṣalli ‘alā Muḥammad wa 'alā āli Muḥammad, kamā ṣallayta 'alā Ibrāhim wa 'alā āli Ibrāhim. Wabārik ‘alā Muḥammad wa 'alā āli Muḥammad, kamā bārakta 'alā Ibrāhim wa 'alā āli Ibrāhim. Fil 'ālamīna innaka hamīdum majīd.

  • Maksud bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)

    Segala penghormatan yang berkat, solat yang baik adalah untuk Allah. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nabi berserta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
    Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad serta keluarganya, sebagaimana Engkau berselawat ke atas Nabi Ibrahim serta keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad serta keluarganya, sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim serta keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia di seluruh alam ini.

Bacaan Salam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

  • Transliterasi salam dalam Rumi

    Assalāmu 'alaykum warahmatullāh.

  • Maksud bacaan salam

    Semoga kamu dilimpahi kesejahteraan dan rahmat Allah.

Semoga perkongsian makna atau maksud bacaan-bacaan dalam solat / sembahyang ini dapat membantu anda memahami setiap bacaan semasa solat, seterusnya membantu anda menjiwai dan lebih khusyuk dalam solat.