Permohonan ke ILKBS (IKBN, IKTBN, AKBG) Sesi Januari 2017
Permohonan kemasukan ke ILKBS (IKBN, IKTBN & AKBG) untuk ambilan Januari 2017. Individu warganegara Malaysia yang berusia di antara 18-30 tahun dan berkelulusan sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 adalah dipelawa untuk memohon untuk memasuki ILKBS.
Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).
Berikut kami kongsikan info mengenai permohonan dan semakan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2017.
Syarat Kemasukan ke ILKBS Januari 2017
Maklumat mengenai program yang ditawarkan, institut IKBN atau IKTBN yang menawarkannya, tempoh pengajian, serta syarat kelayakan kemasukan boleh di semak di sini.
Cara Memohon ke ILKBS
Calon yang memenuhi syarat hendaklah mengisi borang permohonan secara online melalui portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, di alamat berikut:
Permohonan dibuka mulai 29 September 2016 dan tarikh tutup ialah pada 4 November 2016.
Semakan Keputusan Permohonan ILKBS Online
Semakan keputusan permohonan kemasukan ke ILKBS (IKBN & IKTBN) ambilan Januari 2017 boleh dibuat secara online mulai 21 November 2016 melalui laman web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my.
Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-8871-3651 / 3652 / 3653 / 3646 / 3685.