Semakan Permohonan ke Ting. 1 Sekolah Kawalan 2017 (SMKA, SABK, KAA dan KRK)
Semakan tawaran dan rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan ambilan tahun 2017. Sekolah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meliputi SMKA, SABK, KAA dan KRK.
Semakan Keputusan Kemasukan ke Sekolah Kawalan
Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 sekolah kawalan ambilan Januari 2017 boleh di buat secara online dan SMS bermula 20 Disember 2016 (Selasa) sehingga 31 Disember 2016 (Sabtu).
⦿ Semakan Secara Online
Semakan secara online boleh dibuat dengan melayari laman Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPAT) di pautan berikut:
⦿ Semakan Melalui SMS
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan permohonan kemasukan Sekolah Kawalan melalui SMS:
-
Taipkan:
MOE<jarak>SKKAWALAN<jarak>[Angka Giliran UPSR]
Contoh: MOE SKKAWALAN BB0000015
-
Hantarkan SMS ke 15888
Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.
Rayuan Sekolah Kawalan
Bagi permohonan yang gagal, rayuan boleh dibuat melalui laman web yang sama dengan memuat turun Borang Rayuan dan menghantar borang tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan.
Definisi Sekolah Kawalan
Sekolah kawalan merupakan sekolah harian biasa yang dikawal kemasukan murid oleh JPN sepenuhnya dan tidak dibuka kepada feeder school sekolah berhampiran. Konsep macam SBP tetapi dikawal oleh JPN.
Senarai Sekolah Kawalan
Berikut adalah diantara senarai sekolah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Kelas Aliran Agama (KAA)
- Kelas Rancangan Khas (KRK)
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan yang permohonan dan semakan kemasukan ke Sekolah Kawalan 2017 (SMK, SABK, KAA dan KRK), sila rujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri di negeri pemohon.