Sebab Permohonan BR1M Ditolak Atau Gagal
Punca dan sebab kenapa permohonan BR1M ditolak. Permohonan dan kemaskini BR1M 2018 sudah dibuka mulai 27 November sehingga 31 Disember 2017. Untuk yang layak dan baru memohon, pastikan maklumat diisi dengan betul untuk mengelakkan dari permohonan ditolak atau gagal.
Punca Permohonan BR1M Gagal
Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa permohonan BR1M anda tidak berjaya walaupuan anda sebenarnya layak mendapat BR1M:
- Permohonan tidak dikemaskini
Penerima BR1M yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh tiga tahun kebelakangan (2015). Penerima BRIM perlu mengemaskini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun bagi mengelakkan permohonan ditolak.
- Maklumat peribadi
Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan nombor kad pengenalan.
- Dokumen peribadi
Tidak menyertakan dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, pengesahan penceraian dan penyata gaji.
- Maklumat pasangan
Tiada maklumat pasangan bagi pemohon yang sudah berkahwin.
- Tanggungan
Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
- Jumlah permohonan
Memohon lebih dari satu kali (suami dan isteri membuat permohonan berasingan).
- Menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia
Pelajar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.
- Berada Di luar Negara
Pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara.
- Maklumat Pendapatan
Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja dan yang makan gaji.
Semoga maklumat tentang kesilapan-kesilapan dalam permohonan dan pengemaskinian BRIM dapat menghalang pemohon-pemohon BR1M 2018 dari melakukan kesilapan yang sama.