Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2020

Tarikh agihan bantuan awal sekolah tahun 2020.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2020 bagi Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) dikekalkan pelaksanaannya pada tahun 2020. BAP bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang dihadapi oleh ibu bapa atau penjaga murid menjelang permulaan sesi persekolahan pada awal tahun.

Nilai bantuan BAP adalah sama bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, iaitu RM100 untuk setiap pelajar.


Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan hanya layak untuk murid sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 (atau yang setaraf dengannya) dari kalangan isi rumah yang berpendapatan kasar RM3,000 sebulan dan ke bawah. Pelajar dari keluarga yang berpendapatan isi rumah melebihi RM3,000 sebulan tidak layak untuk menerima bantuan ini.


Tarikh Agihan Bantuan Awal Persekolahan

Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan mula disalurkan ke akaun sekolah seawal 3 Januari 2020. Pihak sekolah dijangka akan mengagihkan BAP secara tunai kepada ibubapa atau penjaga pelajar di sekolah mulai pertengahan hingga hujung bulan Januari 2020.

Sebarang maklumat baharu tarikh pembayaran Bantuan Awal Persekolahan akan kami kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan.

bantuan awal sekolah rendah menengah RM100 2020

Semoga info syarat serta tarikh agihan Bantuan Awal Persekolahan 2020 ini bermanfaat buat para pembaca.