Kalendar Islam 2018 Masihi / 1439-1440 Hijrah
Berikut adalah kalendar atau takwim Islam JAKIM dan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2018 Masihi / 1439-1440 Hijrah bagi Malaysia.
Kalendar Hijriah ialah kalendar lunar/qamariah, yang dikira berdasarkan pergerakan/fasa bulan mengelilingi Bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.
[Baharu] Kalendar Islam 2019 Masihi / 1440-1441 Hijrah
Ini berbeza dengan kalendar Masihi yang dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari (kalendar solar atau syamsiah). Satu tahun Masihi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula dengan bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.
Baca juga:
Kalendar/Takwim Islam Malaysia 2018
Kalendar ini memaparkan padanan tarikh antara kalender Masehi/Miladiah (teks biru) dan kalendar Hijriah (teks merah) berdasarkan takwim JAKIM. Sila klik pada gambar untuk paparan saiz penuh yang lebih jelas.
Petunjuk: S=Sabtu, A=Ahad, I=Isnin, T=Selasa, R=Rabu, K=Khamis, J=Jumaat
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2018 Bagi Malaysia
Tarikh Hijri | Tarikh Masihi / Miladi | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
---|---|---|
27 Rejab 1439 | 14 April 2018 | Israk dan Mikraj |
1 Ramadan 1439* | 17 Mei 2018 | Awal Ramadan / Permulaan Puasa |
17 Ramadan 1439 | 2 Jun 2018 | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal 1439* | 15 Jun 2018 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1439 | 13 Ogos 2018 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1439* | 22 Ogos 2018 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharram 1440 | 11 September 2018 | Awal Muharram / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1440 | 20 November 2018 | Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W) |
* Tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Sumber : Takwim hijri dan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam yang disediakan Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail pdf boleh dimuat turun di sini.
Semoga takwim Masihi-Hijrah ini berguna buat para pembaca dalam menukar tarikh Masihi ke Hijrah atau sebaliknya.