Daftar Dan Permohonan Rumah PPA1M Online
Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Skim ini bertujuan membantu penjawat awam memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran (di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit).
Syarat-syarat Permohonan PPA1M
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk permohonan PPA1M:
- Hanya terbuka kepada semua Penjawat awam yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.
- Warganegara Malaysia.
- Penjawat awam yang telah pencen dan kontrak juga layak memohon.
- Boleh memohon Iebih dari satu projek pada satu-satu masa, namun pemohon boleh ditawarkan salah satu projek sahaja bagi setiap isi rumah (sekiranya berjaya).
- Rumah PPA1M tidak boleh dijual atau dipindah milik untuk 10 tahun pertama tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami / isteri atau anak-anak.
CARA MEMOHON KEDIAMAN PPA1M
1. Daftar Akaun PPA1M Secara Online
Akaun pengguna PPA1M boleh didaftar di pautan berikut:
https://www.ppa1m.gov.my/application/form
- Lengkapkan borang pendaftaran dan klik butang “Hantar”.
- Kata laluan akan dihantar melalui emel sekiranya pendaftaran akaun pengguna anda berjaya.
2. Mengenal Pasti Kediaman Pilihan Anda
Sila layari pautan berikut untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran dan harga kediaman PPA1M.
https://www.ppa1m.gov.my/project/list
Laman web ini menyenaraikan projek-projek PPA1M serta perincian seperti lokasi, nama pemaju, jenis rumah, pelan dan keluasan rumah, status pembinaan, status permohonan (samada masih dibuka atau sudah ditutup) dan tarikh tutup permohonan.
3. Memohon Kediaman Pilihan Anda
- Pergi ke Sistem PPA1M di pautan berikut:
- Log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan. Klik pada modul Permohonan di bahagian kiri paparan dan pilih submodul Borang Permohonan.
- Mula-mula isi maklumat peribadi di bahagian Maklumat Pemohon.
- Kemudian pilih jenis unit yang ada bagi projek pilihan anda di bahagian Pilihan Projek. Pastikan anda menyemak kelayakan pinjaman dengan LPPSA / bank komersil terlebih dahulu sebelum memohon. Pengiraan kelayakan anggaran bayaran balik pinjaman pertama boleh dibuat di pautan ini.
- Akhir sekali di bahagian Perakuan & Pengesahan. Muat naik semua dokumen yang diperlukan (salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan, dan slip gaji pemohon) dan hantar permohonan.
- Kemaskini boleh dilakukan pada mana-mana status permohonan.
4. Semakan Penawaran PPA1M
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel, pesanan khidmat ringkas (SMS) dan paparan di dalam laman web PPA1M.
Panduan lengkap cara mendaftar dan memohon PPA1M boleh di baca / muat turun di sini.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Jabatan Perdana Menteri di nombor telefon 03-88805118 hari Isnin hingga Jumaat (8:00 pagi – 5:00 petang), atau emel support.ppa1m@jpm.gov.my.