Cara Mengundi Pilihan Raya Umum

Cara mengundi undi pilihan raya #MalaysiaMengundi. Rakyat Malaysia akan keluar mengundi lagi pada 9 Mei 2018 untuk Pilihan Raya Umum ke-14. Bagi yang sudah mendaftar sebagai pengundi, pastikan anda membuat semakan daftar pemilih untuk mendapatkan maklumat terkini pusat dan saluran mengundi anda.

[Baharu] Keputusan PRU14 Pilihanraya Umum (DUN dan Parlimen)

Berikut kami kongsikan panduan terkini cara-cara mengundi (membuang undi) untuk rujukan para pemilih berdaftar, khususnya untuk pengundi yang akan mengundi buat pertama kali.


Cara Mengundi Pilihan Raya Umum 2018 PRU14

Cara mengundi pilihan raya

Berikut adalah langkah-langkah atau proses membuang undi PRU14:

  1. Pengundi hendaklah datang sendiri ke Pusat Mengundi sepertimana dinyatakan dalam daftar pemilih.
  2. Terus ke pondok semakan SPR untuk mendapatkan slip Saluran Mengundi anda. Selepas mendapatkan slip nombor saluran, anda boleh terus pergi ke saluran / bilik mengundi yang berkenaan.
  3. Sila beratur di pintu masuk bilik mengundi dan tunggu giliran anda. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal pintu masuk.
  4. Serahkan MyKad / dokumen pengenalan dan slip semakan saluran kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperlksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
  5. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
  6. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Ketiga akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga. Sekiranya terdapat pertandingan untuk Kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, anda akan diberikan dua kertas undi yang berlainan warna.
  7. Terus bergerak ke petak undi. Tandakan pangkah (X) di dalam petak kosong di sebelah kanan simbol parti calon yang anda pilih pada kertas undi. Pilih satu calon sahaja untuk setiap kertas undi.
  8. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
  9. Keluar segera dari bilik mengundi melalui pintu yang ditetapkan dan seterusnya keluar daripada pusat mengundi.

Semua proses pengundian akan diperhatikan oleh Ejen-Ejen Calon yang bertugas.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan ketika proses pengundian, sila rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi yang berada di dalam bilik mengundi.

Semoga panduan mengundi pilihan raya ini bermanfaat buat semua. Marilah mari pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara!